The 19 Mall
USJ Subang Jaya
Selangor
18 Februari 2013
12 tengahari
Sekalung tahniah atas sikap keprihatinan orang ramai, akhirnya 2 peragut tumpas setelah beberapa minit sebelumnya meragut beg tangan seorang pramugari warga Jepun syarikat penerbangan Air Asia X.
Semuanya bermula apabila pramugari berusia 24 tahun itu berjalan di hadapan Restoran Paparich di sini dan tanpa menyedari sebuah motosikal Yamaha 125Z dinaiki 2 saspek mengekorinya.
Salah seorang saspek kemudian terus menarik beg tangan dibawa mangsa sebelum memecut melarikan diri arah Persiaran Kewajipan.
Sebaik menyedari diragut, wanita terbabit segera menjerit meminta tolong dan kejadian disedari orang ramai yang kemudian cuba mengejar motosikal dinaiki saspek.
Dalam usaha melarikan diri dan memecut laju, motosikal kemudian terlanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-dua saspek terjatuh dan berjaya ditahan orang ramai.
Saspek yang menunggang motosikal, lelaki berusia 27 tahun, cedera parah akibat patah tangan kanan dan kaki kiri dan semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod 3 kesalahan kes dadah dan 1 kes dikehendaki membabitkan dadah di IPD Serdang.
Lelaki terbabit kini ditahan di wad di Hospital Serdang.
Manakala saspek yang membonceng, lelaki 26 tahun dari Taman Dato Harun, calar dilutut dan ujian air kencingnya, positif dadah jenis ganja dan kini ditahan di lokap.
Polis turut merampas sebilah parang pendek dari saspek.
Dan , beg tangan milik mangsa berjaya ditemui semula yang mengandungi sejumlah wang tunai Malaysia dan yen Jepun, telefon bimbit dan dokumen-dokumen.
Polis percaya kedua-dua saspek bergerak aktif melakukan jenayah ragut dan samun di kawasan sekitar sebelumnya.
Tahniah kepada orang ramai yang bekerjasama kerana bertindak pantas dan berani.
Pix: sumber.


















Padan muka pencuri ragut tu. Kasi masuk lokap, tenteram skit kotaraya kite.
syabas kepada orang awam yang membantu mangsa berkenaan,sikap seperti ini yang harus ada tiap masyarakat.saya benci peragut…kalau dapat tangkap memang kena bagi jugak.
kedua dua nya penagih dadah.dan semesti nya tidak berkerja tapi najis dadah tetap di perlukan saban hari…cara yang paling mudah mendapat wang segera adalah meragut……dpt cash….kalau lah kita dpt menghapuskan masalah dadah…mungkin maslah ragut juga tiada lagi..
tahniah kepada org awam yg sgt perihatin….