Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek – Semuanya Tiruan

Bt 17
Jalan Rawang
Selangor
5 Feb 2010
Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada asalnya, serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya menemui yang lebih besar.

Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk kepastian.
Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan.

Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan bfrangan yang dirampas.
Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.

Lelaki itu -”U siapa?”

Saya – “Kenapa? Ada apa masalah?”

Lalu saya menunjukkan tag nama saya.

Lelaki itu – “U tidak boleh ambil gambar. Company kita tak benarkan.”

Saya sebenarnya dah mengagak kejadian begini akan berlaku kerana telah banyak kali mengalaminya.

Lelaki itu – ” Tolong jangan ambil gambar. Ini policy kami, kami tidak mahu customer lari, sales kami jatuh sebab u kasi keluar ini kes.”

Saya – “Maaf, saya tak boleh ikut kata u, sebab ini hal pengguna. Masalah customer lari, bukan masalah saya, saya mewakili pengguna. U ingat saya tak kena marah dengan orangramai, sebab buat berita, tapi tak mau tunjuk apa barangnya. Lebih baik saya balik?”

Lelaki itu kemudian membuat beberapa panggilan telefon, tak taulah apa yang diadukannya.

Lelaki itu – ” Kita boleh kautim. U ambik gambar, tapi ini produk u kasi tutup nama. Berapa, 500 bole(RM)?

Saya – ” Sori, u mau bayar saya satu juta pun, saya tak mau.”

KPDNKK -” Macam inilah.U jangan ganggu dia ok? Apa-apa hal, u cakap dengan kita punya bos. Timbalan Pengarah on the way. Dia buat dia punya kerja, u buat u punya kerja. Ini hal pengguna, kena tipu.

Sebenarnya, saya dah terfikir untuk SMS rakan di SPRM untuk buat sesuatu, tapi hold dulu, kerana mungkin dia bergurau mengenai tawaran itu. Tapi jika dia cuba ulangi lagi, rasanya dah lain jadinya berita ini…

Kilang haram ini dipercayai telah beroperasi kira-kira setahun lalu.
Pekerjanya hanya seorang – lelaki yang ditangkap polis bersabit kes nakortik.

Dialah yang membuka, mengunci kilang, mengisi, mengepam, membungkus minyak, melekat label.

 Itu dakwaan dia, yang menurutnya, tauke hanya datang sekali-sekala memberikan arahan.
Beribu-ribu liter minyak pelincir pelbagai kelikatan yang diisi di dalam berbagai tong dan tangki ditemui.

Tidak cukup di dalam, minyak juga ada di luar bangunan, dan ada pula 2 stor menyimpan barangan seperti botol.
Tuirut ditemui beribu-ribu botol kosong, kotak, penutup botol,pelekat/label pelbagai jenama minyak pelincir, dari yang murah sehinggalah yang berharga ratusan ringgit sebotol.
Dan ianya kemudian diisi mengikut formula yang telah ditetapkan ke dalam botol-botol pelbagai jenama minyak pelincir di negara ini.
Ada minyak pelincir, minyak brek, minyak gearbox dan macam-macam minyak lagi termasuk yang dikeluarkan Proton.
Tiada apa bezanya pembungkusan/botol dengan yang asli – semuanya sama (hampir sama?), kecuali yang membezakannya ialah mungkin kelikatan/warna minyak di dalam botol itu.
Dan ianya hanya mungkin diketahui tiruan setelah pengguna menggunakannya, di mana mungkin cepat mengalami kerosakan pada enjin atau enjin tidak berkuasa seperti yang didakwa pengeluar.
Menurut Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Tamby Chik, siasatan awal pihaknya mendapati minyak ini diedarkan ke seluruh negara.
Beribu-ribu bengkel seluruh negara dipercayai menggunakan minyak ini kerana harganya yang murah dari harga sebenar.
Rampasan ini bernilai kira-kira setengah juta ringgit.
Kelemahan pihak pengeluar asal ialah, mereka mungkin tiada ciri keselamatan atau seperti hologram untuk mengelakkan pengguna tertipu membelinya.
Itulah sebabnya mungkin arahan diberikan kepada pihak guaman supaya media tidak dibenarkan menyiarkan apakah produk yang ditiru.
Jadi, jika anda menghantar kereta anda untuk diservis ke bengkel, sebaiknya anda beli sendiri minyak yang dijual di stesyen minyak kemudian baru beri pada mekanik.
Tidak dinafikan, memang ada bengkel tidak mengetahui minyak yang dijual kepada pelanggan adalah tiruan, tetapi kebanyakannya MEMANG mengetahui ia adalah tiruan…
Jadi, adakah benar, saya melakukan kesalahan menyiarkan entry/berita sebegini semata-mata sebagai peringatan kepada kita semua?
Dan juga, mungkin anda telah mendapat sedikit gambaran bagaimana wartawan juga menghadapi risiko untuk disaman jika menyiarkan sesuatu tanpa asas yang kukuh

Post Lain Yang Berkaitan

42 Comments

  • Pada 2010.02.07 05:33, mann bravo menulis:

    adussss …… senangnya "berniaga", pengguna laaaa yang menjadi mangsa penipuan aktiviti ini …..

    saya ingin mengambil info ini dan sebarkan kepada rakan rakan yang lain … boleh ??

    • Pada 2010.02.07 08:02, MAHAGURU58 menulis:

      Syabas dan tahniah kerana mendedahkan penipuan ini!

      Saya nampak Shell, dan beberapa jenama lain yang di tiru.

      Terimakasih sekali lagi!

      • Pada 2010.02.07 08:15, ejaescobart menulis:

        terima kasih berkongsi info dengan kami.. (pembaca setia blog ini..)

        boleh saya kongsikan info ini dengan rakan2 yang tak ikuti blog cik ONDSENCE?

        • Pada 2010.02.07 09:48, me, myself & mbek menulis:

          aduh… kene beli dkt pam minyak la rasanya jalan paling selamat(itupun kalau tokey pam minyak pun x ambik dr penyangak ni.)

          • Pada 2010.02.07 10:31, ondscene menulis:

            anda boleh gunakan info di dalam blog ini kerana ia memang disiarkan utk kepentingan semua.
            saya rasa, jika beli di stesyen minyak, ia adalah 100 peratus yg asli kerana stesyen minyak sentiasa diawasi dan didatangi oleh agen dari syarikat pengelaur utk membuat semakan dan pemeriksaan mengejut.
            tapi, jika di bengkel, rasanya, tidak dijamin ianya adalah yg asli

            • Pada 2010.02.07 15:11, che mat menulis:

              salam,
              Syabas bro Sham. Persetankan kata-kata peguam itu. kalau boleh letak gambar jenis2 minyak tu…sy nampak shell & castrol. minyak dari proton ???

              -che mat

              • Pada 2010.02.07 16:06, Anonymous menulis:

                Bro…ni kena war warkan kat semua orang ni sebab berapa banyak kenderaan dari motosikal, kereta,van dan lori yg digunakan di Malaysia ni.

                Kalau bengkel pakai yg tiruan ni habisla kenderaan…yg untung tauke bengkel juga.

                Harap-haraplah bengkel utama kenderaan tidak pakai yg tiruan ni tapi siapala kita nak buat semakan.

                Pengguna juga jadi mangsa.

                CapSauh

                • Pada 2010.02.07 17:13, ROHAIFI AZRI menulis:

                  TAHNIAH & TERIMA KASIH ATAS PENDEDAHAN!!! BOLEH DIJADIKAN PANDUAN KEPADA KITA SEBAGAI PENGGUNA AGAR LEBIH BERHATI-HATI.

                  Semasa saya membeli minyak Pelincir di stesen minyak Shell, sememangnya staff di situ mengingatkan agar tidak membeli minyak pelincir di bengkel atau di kedai alat2 ganti kenderaan, kerana bimbang minyak dibeli adalah tiruan. Pendedahan ini sememangnya benar-benar membuatkan saya akan terus membeli minyak pelincir terus di stesen minyak, Mata BONUSLINK pun dapat! :-)

                  • Pada 2010.02.07 20:56, azroy77 menulis:

                    aduhhhh…kalau mcm nie…jln yg paling selamat adalah beli minyak dari stesen minyak…tapi bro syam,kalau yg ade di SC yg ade nama tu selalunyer polisi mereka x benarkan kita beli minyak hitam diluar….tapi kalau diorg pakai minyak hitam palsu mcm mane…kita pun x tahu mcm mane nak cek…bukan setakat mata bonuslink..free gift pun ade….

                    • Pada 2010.02.07 21:30, Khai menulis:

                      aH! Susah la macam ni. semua orang fikir nak untung je tanpa fikir nasib orang lain (pengguna).. sungguh hampeh sekali.. lagi2 RM500 duit angpow gong xi fa chai dari peguam tu, mmg macam peguam tak pernah pergi sekolah. Memalukan.

                      Gonna spread it!! Good job bro sham. Berani kerana benar takut kerana salah. Besar pahala anda kerana menyelamatkan nasib2 pengguna di Malaysia ini.

                      • Pada 2010.02.08 02:34, Mat Asin menulis:

                        Salam Bro.

                        Thanks byk2 atas pebdedahan ini cuma nak tahu mana datangnya minyak ini. Adakah minyak terpakai atau diimport dari luar…

                        • Pada 2010.02.08 04:24, sabarnusa menulis:

                          salam, berita amat berguna, sahih dan memeranjatkan. memang stiap kali nak beli minyak enjin hati tetap berkata-kata, ori ke palsu minyak ni. sebab sebelum ni kedai alat ganti telah tunjukkan contoh jenama minyak yg ciplak. kalau boleh Syeh tlg tunjukan jenama minyak yg terbabit untuk maklumat peminat ondscene. Tahniah n teruskan khidmat yg mulia ini.

                          • Pada 2010.02.08 05:53, Ann menulis:

                            Salam Ondscene,

                            Syabas & terima kasih di atas pendedahan berani ni..good job!!

                            • Pada 2010.02.08 08:11, Hazizi Roslan menulis:

                              TERIMA KASEH!!!

                              Macam ni la!~~~

                              • Pada 2010.02.08 10:50, Mardhiyatun Nisa Burhanuddin menulis:

                                terima kaseh moga anda sejahtera daan diselamat Allah sentiasa …jasa mu sangat besar

                                • Pada 2010.02.08 14:13, Anonymous menulis:

                                  baguih ni..semoga tuan lebih bersemangat untuk mendedahkan lagi berita2 lagu ni. saya dah bosan baca surat khabaq buat cerita hangat tapi tak cerita kat mana or siapa..
                                  terima kasih..

                                  • Pada 2010.02.08 21:33, bad menulis:

                                    bro, klau saya link brita ni kat facebook saya bley x? benda mcm ni kene sebarkan.

                                    • Pada 2010.02.09 02:45, Anonymous menulis:

                                      syabas atas kejayaan menumpaskan kegitan menipu pengguna. pada yang mengetahui tolong sebarkan juga pada rakan2 yg tak mengatahuinya..TQ
                                      naz..

                                      • Pada 2010.02.09 04:17, Anonymous menulis:

                                        Syabass abang!!! ini yang paling bes pernah saya baca selain dari berita kemalangan. Mmg kaki2 kereta/motor kene berhati2 lepas ni bile nak beli minyak pelincir..

                                        • Pada 2010.02.09 13:11, Anonymous menulis:

                                          minyak tiruan tu untuk kereta je atau untuk motorsikal sekali?

                                          • Pada 2010.02.10 05:19, Mohd menulis:

                                            Salam Bro,

                                            Mintak izin untuk kongsikan onfo ini di dalam laman buku muka saya .

                                            Terima kasih

                                            • Pada 2010.02.10 15:06, Anonymous menulis:

                                              agaknye nye berapa RM dia kena saman?rasanya sikit ja lau setakat saman…sbb untung dia dah juta2…esok lusa mesti dia buat lagi…aper ada hal ttg saman…1tahun bisness br kena tangkap…bukan 1bulan..hehe

                                              • Pada 2010.02.11 08:26, JAI AUTO & WAN MOTORSPORT menulis:

                                                Terima kasih bro…nampak botol minyak shell, castrol, dan ada sikit mcm penzoil..minyak proton jenis yang macam mana yer…kalau minyak gearbox patutla gearbox kereta proton senang-senang jer rosak….teruskan perjuangan bro…kami sentiasa menyokong

                                                • Pada 2010.02.11 16:38, Ismail menulis:

                                                  wah! kilang kat rawang tu …. dah la selalu beli sparepart kat sana … patut harga murah semacam … dah murah siap boleh nego lagi ….

                                                  • Pada 2010.02.12 05:12, sherrina menulis:

                                                    Syabas di atas pendedahan ini. Sebagai pengguna, kita kene lebih berhati-hati selepas ini.

                                                    • Pada 2010.02.13 02:28, Noh menulis:

                                                      Syabas bro..taniah atas tindakkan ini ..bagus untuk semua pengguna untuk mengetahui hal ini.Jangan takut tada salah untuk siar kan.Kami pengguna sentiasa berada di belakang dan dihadapan untuk back up bro.Sekalung Taniah Bro

                                                      • Pada 2010.02.13 06:52, Anonymous menulis:

                                                        minta izin untuk publish buat teman2 yang lain…

                                                        9w2alx

                                                        • Pada 2010.02.14 17:15, Kulaan menulis:

                                                          Salam buat semua…

                                                          Tahniah !!! Banyak lagi yang perlu kita perbuat dan didedah tanpa takut.

                                                          Sebaiknya
                                                          - Siapa ?
                                                          - Dimana ?
                                                          - Brand apa ?
                                                          perlu didedahkan semua.Terutama yang melibatkan makanan dan keselamatan penguna.

                                                          Apa pun sebagai permulaan..Tahniah

                                                          • Pada 2010.02.18 15:47, wan menulis:

                                                            gambar terakhir 3 org pakai baju hijau macam kenal jer…yucom eaa,mana lagi 2? x ku sangka korang bersubahat…patut ar minyak itam shell helix keta aku dah 2 kali kering sedangkan baru jalan hampir 3000km.lagi pelik sebab aku beli kat stesen minyak shell,nak kata ada bocor ,aku dah cek memang x bocor.

                                                            • Pada 2010.02.20 01:21, ondscene menulis:

                                                              wan- sepatutnya anda baca netry ini 400 kali. tiada dalam ayat di dalam entry ini mengatakan lebih dari seorang ditahan.
                                                              bermakna yg 3 berbaju hijau itu, tiada kaitan dengan jenayah yg dilakukan.jgn buat spekulasi atau melulu kerana ia amat tidak bagus. ketiga2 mereka itu ialah pekerja syarikat pengangkutan yang ditugaskan mengangkut barang rampasan utk dihantar ke stor sitaan KPDNKK. Takkan benda macamtu pun saya kena tulis dalam skrip.

                                                              • Pada 2010.02.24 11:07, terry menulis:

                                                                aku cuma nak kata seolah2 ada polisi syarikat perniagaan di malaysia. customer always on the losing side. sbb tu ada org dtg untuk halang bro dr bt liputan.

                                                                • Pada 2010.03.11 07:05, Fazli menulis:

                                                                  ak pkai shell vsx…ble ak belek2 kat botol,bhgian deban,belah bwh…ada no2 tulisan hitam….
                                                                  ak rse 2 mgkin no siri dye….ble tgok plak kat blakang,alamt pmbekal ialah kat area damansara height….
                                                                  sbelah nya plak ada kod bar….ak rse,klo nak kpastian,kite bole pegi check sndiri kat alamat pmbekal 2…..
                                                                  ape plak pndapat pmilik blog???
                                                                  adekah tndakan ni dpt mmbezakan mnyak truan trsebut????

                                                                  • Pada 2010.03.28 23:40, Botez menulis:

                                                                    nama cina penipu..kalau x untung 100% dia tak buatnya….

                                                                    • Pada 2010.07.11 16:18, kyrol menulis:

                                                                      GUNALAH MAXOIL…MEMANG ORIGINAL DAN SIAP DAPAT BAUCER TUNAI LAGI TUH…SYARIKAT 100% BUMIPUTERA DAN SUDAH 18TAHUN DI PASARAN…SILA CALL@SMS 012-9402072 ( KHAIRUL ) UNTUK KETERANGAN YANG LEBIH LANJUT…

                                                                      • Pada 2010.07.21 04:37, HatIKU aRIF menulis:

                                                                        minyak MAXOIL mmg yg terbaek..puas ati gune.http://aquramaxoil.blogspot.com/

                                                                        • Pada 2010.08.17 08:42, MAXOIL CARs 1 MALAYSIA menulis:

                                                                          HAHAAAA…….BESTNYER TGOK ORG MELAYU KITE KN TIPU HIDUP OLEH ORG BKN MELAYU…XPER LAH….ORG KITER KAN LEBIH SUKER MCM NI….AKU JG TURUT TERKILAN DENGAN MINYAK PELINCIR YG TIRUAN NI….MCM2 SEKSRSNG NI…..UTK SEMUS PENGGUNS KERETE DAN KENDERAAN2 LAIN..BERHATI2LAH….PILIH LAH YG TERBAIK….JGN BOCORKAN WANG ANDA….

                                                                          IKHLAS DR:
                                                                          MAXOIL TRG………..

                                                                          • Pada 2010.08.17 08:51, MAXOIL CARs 1 MALAYSIA menulis:

                                                                            MAXOIL DAH 19 TAHUN BERADA D PASARAN…SAPE NK TAKWIL LG MINYAK NI..KALU X ELOK DAH LM GULUNG TIKAR….TRY GN MAXOIL BLH 2 KALI…KALU XDOP BEZE GAK LEPAS TU,JGN PAKAI MAXOIL SAPA MATI….SEMAKIN HARI SEMAKIN RAMAI YG GUNE MAXOIL….

                                                                            ANDA BILE LG….

                                                                            KUNJUNGILAH MAXOIL K.TRG(ladang)
                                                                            019.6099266
                                                                            MAXOIL GONG BADAK,
                                                                            019.7900766
                                                                            MAXOIL BKT PAYONG,
                                                                            013.2405066
                                                                            MAXOIL KEMAMAN
                                                                            019.2677966
                                                                            MAXOIL BALOK,KUANTAN.
                                                                            019.7914066
                                                                            MAXOIL K.BHARU
                                                                            019.6099466

                                                                            KAMI JNJIKN YG TERBAIK UTK ANDA,KREBAHAGIAAN ANDA MATLAMAT KAMI……

                                                                            • Pada 2010.08.17 16:58, Kodey menulis:

                                                                              Tq for info..

                                                                              Permission to share at my blog..

                                                                              http://www.maxoil.blogspot.com

                                                                              • Pada 2010.08.18 03:19, Nota Fikir menulis:

                                                                                Untuk pengetahuan semua, bukannya masalah samada minyak MAXOIL atau lain2 minyak tiruan itu boleh diguna atau tidak: sebarang minyak yang bersesuaian dengan elemen ikatan molekul2 adalah sesuai digunakan oleh enjin, contohnya dalam kita boleh juga menggunakan minyak kelapa sawit dan tiada masalah kepada enjin. Dan minyak 'recycle' itu adalah minyak yang terpakai yang diambil/beri secara PERCUMA di bengkel2 dan kemudian dibersihkan menggunakan kaedah tertentu manakala ikatan elemen molekulnya hampir2 sama, kemudian dijual semula dipasaran dengan diisikan kedalam botol lain yang 'baru'. Kemudian syarikat spt ini akan menjual nya kembali dengan mendakwa minyak itu asli. Ini adalah satu bentuk penipuan secara terang-terangan kepada pengguna dan penjual mendapat keuntungan yang terlalu tinggi kerana menjual nya pada harga hampir sama dengan minyak yang sebenar2 asli ( bukan tiruan).
                                                                                Sepatutnya penipuan seperti ini dapat diambil tindakan dgn segera.

                                                                                • [...] Need all support to minimize fake oil in market Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek – Semuanya Tiruan | ondscene and my foreman says this is still happening all over the place… can sticky this up? i remember [...]

                                                                                  • Pada 2011.02.23 20:47, ENEOS menulis:

                                                                                    sekarang ni beli je minyak eneos.. no 1 engine oil.. honda racing dan toyota racing dah guna.. anda bila lagi

                                                                                    http://www.mudah.my/li?ca=9_s&id=31648

                                                                                    • Pada 2011.05.20 08:52, Dunia Stereng menulis:

                                                                                      Minyak enjin yang original ada kelebihan masing2, janji beli yang ori! Sertai kami di Facebook I.D: Dunia Stereng. Kami secara telus membantu anda memberi maklumat berkaitan minyak enjin, pengunaan & kesannya. Lihat sendiri akibat penggunaan minyak enjin tiruan! Bersama kita memboikot minyak enjin tiruan di pasaran. Kami memasarkan Jenama Pennzoil. Pennzoil lebih dari 100 tahun pengalaman mengeluar minyak enjin! Minyak Pennzoil melepasi piawaian tertinggi antarabangsa API SM/CF, ILSAC GF-4, ACEA A3/B3-04 & B4-04, ACEA C3-04 & C3-07, MB p229.31, PORSCHE, BMW Longlife-04 & VW 502 00/505 00
                                                                                      Jika minyak kami melepasi piawaian antarabangsa tersebut tak perlu anda ragu-ragu! Hubungi saya En Adi 0192288380 / 0192690703 untuk tempahan sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Sertai kami di Dunia Stereng halaman Facebook! Beli yang ori!

                                                                                      You must be logged in to post a comment.