Redhakan Pemergian Syafia Humairah Walaupun Tragis…
Oleh kerana pelbagai kontroversi yang timbul rentetan dari kes ini, saya tidak akan mengulas apa-apa mengenainya lagi.
Keesokannya ketika bedah siasat dan pengkebumian , saya tidak dapat ke lokasi kerana ada tugasan lain. Oleh itu , tiada foto-foto mengenainya di sini.
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan penjenayah belumpun lagi didakwa, tetapi pelbagai andaian dan kesimpulan telah dibuat pelbagai pihak.
Kita jangan hanya pandai bercakap, tetapi apabila berlaku di hadapan mata, kita diamkan.
Malangnya, apabila kita cuba menjadi hero, nasi telah menjadi bubur , – bubur basi yang sudah tidak boleh lagi di makan kecuali oleh binatang.
Macam-macam telahan, andaian, spekulasi telah timbul sekarang yang memungkinkan kita menjadi keliru apakah sebenarnya yang berlaku.
Andaian anak luar nikah, ujian DNA, kekasih , bapa tiri, dera, mengandung dan macam-macam lagi itu, tidak memungkinkan Syafia Humairah hidup kembali.
Kita redhakan pemergian kanak-kanak itu walaupun dengan keadaan yang cukup tersiksa, walaupun dengan nyawanya itu, akan terungkai pelbagai misteri yang terpendam sekian lama.
Biarlah kanak-kanak yang tidak berdosa itu, aman dan tenteram rohnya dan mereka yang terlibat akan menerima balasannya.
Al fatihah…
Post Lain Yang Berkaitan
2 Comments
You must be logged in to post a comment.




Al Fatihah
Allah lebih sayangkan anak kecil ni.. jadi apa yg dah berlaku, biarlah jadi pengajaran utk yg lain..