Remaja Maut Terjun Bangunan

Jalan Pandan 9/10
Pandan Perdana, Ampang
Selangor
8 September 2011
1 petang
 

Hanya mangsa yang mengetahui mengapa dia bertindak begini.

Beberapa orang yang berada di sekitar kawasan ini, terkejut apabila satu objek tiba-tiba jatuh terhempas di ruang tempat letak kereta rumah pangsa di sini.

Remaja terbabit, berusia 17 tahun, berbangsa Cina,  dipercayai terjun dari tangga antara tingkat 10 dan aras tangki air rumah pangsa 10 tingkat ini.

Mangsa yang beralamat di Bandar Baru Ampang, bekerja sebagai penjaga di sebuah cyber-cafe di Pandan Perdana, maut serta merta.

Kaki dan tangannya turut patah termasuk bahagian pinggang.

Abangnya yang tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mengenainya, membuat pengecaman dan mengesahkan identiti adiknya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ini antara ratusan kes yang berlaku setiap tahun di negara ini…

 

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

  • Pada 2011.09.09 11:08, Rozeman Bin Hassan menulis:

    Sebab itulah pegangan agama sangat penting.. Takziah kepada keluarga mangsa.
    Rozeman Bin Hassan recently posted..Aidilfitri 2011 Di Pulau Pangkor, Perak

    • Pada 2011.09.09 12:54, Andy menulis:

      I memang tak faham kenapa nak membunuh diri sebab org org yg menghidap penyakit pun nak meneruskan hidup mereka bagaimana pun. Sigh…..

      • Pada 2011.09.09 17:54, latep menulis:

        Saya berdebar bila mula membaca tajuk entry ini.. bimbang kalau-kalau yang membunuh diri itu orang islam..sepatutnya mereka ini faham bahwa membunuh diri amat dikeji sekali dan akan terlepas dari mencium bau syurga…orang bukan islam mungkin tidak faham akan halal haram…moga menjadi iktibar kepada yang hidup…
        latep recently posted..Bengkel kenderaan, kita pun boleh..!

        • Pada 2011.09.09 21:20, arena84 menulis:

          Sebelum bunuh diri, baik daftar sebagai penderma organ dulu ke. Sebab ramai tengah que kat hospital untuk organ. Give your life to those who need it. Dumbass betul orang yang bunuh diri ni. Nasib bukan Islam…
          arena84 recently posted..Kemalangan Ngeri Bas dan Lori di China 18 Mati 17 Parah

          • Pada 2011.09.10 11:37, Anyss menulis:

            Assalamualaikum,
            Alhamdulillah, nasib baik bukan hamba Allah beragama Islam.
            Bunuh diri bukanlah penyelesaian masalah yang tepat. Masih banyak warna warni hidup belum jumpa lagi, alangkah ruginya…
            Anyss recently posted..Iklan Nuffnang Tak Mau Beraya Kat Blog Ni Dah

            You must be logged in to post a comment.