Rintihan Mangsa Simbahan Asid
Unit Rawatan Kebakaran
(Burn Care Unit)
Hospital Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
17 Ogos, 2011
12 tghri
8 Ogos lalu, kejadian yang menimpanya ini merubah keseluruhan episod kehidupannya.
Mohd Raffie Abdul Latiff, 28 tahun, dari Kg Melayu Ampang, menjadi mangsa simbahan asid oleh orang yang tidak dikenali.
Promoter sebuah syarikat ini, kini dirawat di Unit Rawatan kebakaran HKL.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa berada di dalam keretanya di sebatang jalan di ibunegara.
Seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba membuka pintu keretanya, lalu menyimbah sejenis cecair ke mukanya.
Ketika itu, Mohd Raffie sedang menunggu rakannya di dalam kereta untuk ke tandas, apabila tiba-tiba serangan itu berlaku.
Sebaik menyedari kejadian itu, rakannya dan orangramai membantu menjirus air ke muka dan badannya, dan segera menghantarnya ke HKL.
Seluruh mukanya, sebahagian badan dan kedua-dua tangannya melecur akibat simbahan asid itu.
15 Ogos lalu, pembedahan dilakukan ke atas Mohd Raffie dan keadaannya kini sudah mula stabil.
Satu lagi pembedahan akan dilakukan tidak lama lagi, dijangkakan mangsa akan terus berada di hospital untuk tempoh yang agak lama.
“Saya tidak menyangka kejadian sebegini berlaku di negara kita, dan ianya pula berlaku ke atas diri saya. Apa yang berlaku kepada saya, biarlah menjadi tauladan kepada kita semua. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya sendiripun tidak tahu apa salah saya.”
” Saya menasihatkan kepada semua, supaya berhati-hatilah, terutama di jalanraya. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Pintu kereta saya tiba-tiba dibuka, dan sepantas kilat, cecair itu membakar muka saya. Kesakitan yang saya tanggung, Allah sahaja yang mengetahuinya.”
Menurut Mohd Raffie, seingatnya, dia tidak mempunyai musuh atau bermusuh dengan sesiapa sehingga dia diperlakukan demikian. Dia menyerahkan kepada polis untuk menyiasat perkara itu.
Bagaimanapun, untuk memulihkan sepenuhnya keadaannya seperti asal, adalah agak mustahil.
Malah, kos beberapa pembedahan yang bakal dilaluinya nanti, akan menelan harga yang amat tinggi.
Pertemuan dengannya di Unit Rawatan Kebakaran HKL hari ini, menurutnya, dapat memberikan peringatan dan pengajaran kepada orang ramai, supaya berhati-hati walau di mana sahaja dan supaya tidak berlaku kepada orang lain.
Menurut bapanya, Abdul Latiff Kassim, dia amat berharap, kerajaan dapat menimbangkan hukuman lebih berat kepada pelaku yang melakukan perbuatan itu kerana hukuman yang ada sekarang tidak setimpal dengan azab yang ditanggung oleh mangsa.
Beliau juga merayu supaya diperbanyakkan CCTV bagi memantau keadaan sekeliling sekaligus membantu polis menjalankan siasatan.
Bagi abang Mohd Raffie, Major Mohd Jaffry Abdul Latiff (TUDM), kejadian yang menimpa adiknya benar-benar menyayatkan hati mereka sekeluarga, tetapi mereka tetap tabah menghadapinya.
Kos perubatan yang perlu ditanggung dijangka amat tinggi dan merayu bantuan kepada mereka yang sudi membantu.
Mereka juga turut mengucapkan ribuan terimakasih kepada doktor dan jururawat yang merawat Mohd Raffie
Dato Mohd Khairun Asseh – Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO akan membantu Mohd Raffie dan akan menubuhkan J/Kuasa Tabung Amanah bagi membantunya, yang akan turut dianggotai oleh seorang ahli keluarganya dan seorang peguam.
Tabung akan ditubuhkan sebaik perbincangan lanjut selesai untuk mengumpul dana bagi menampung segala keperluan perubatan Mohd Raffie.
Pengarah Hospital Kuala Lumpur – Dato Dr Zaininah Mohd Zain -yang membenarkan pertemuan dengan Mohd Raffie serta merakamkan foto-fotonya.
Pegawai Perhubungan Awam HKL – Mohamed Shazree Mustapha dan Zayana Zahira Mohd Isa - yang membantu mengatur pertemuan ini dan menyediakan ruang untuk sidang media.
Kepada anda yang sudi untuk membantu, pengumuman mengenai tabung amanah akan dibuat sedikit masa lagi.
—————————————-
Foto-foto sebelum media dibenarkan masuk menemui Mohd Raffie
Post Lain Yang Berkaitan
6 Comments
You must be logged in to post a comment.















Assalamualaikum,
Kesiannya dia. Harapnya dia tabah dan bersabar dengan semua ujian ini, memang berat untuk hadapinya.
Tak sabar nak ikuti kisah seterusnya.
Anyss recently posted..BlogWalking dengan Widget 100 Penulis: Penyertaan Masih Dibuka
sakit mental ke orang yang simbah asid ke orang lain? Dah tak de keje ke? Tak pasal-pasal orang tiada kaitan jadi mangsa seumur hidup. Pelik betol. Untuk Mohd Raffie,banyakkan bersabar dengan ujian Allah ni
~dah jadi macam trend pulak simbah menyimbah ni..kalo dulu kes cemburu je..sekarang ni mana-mana pun boleh jadi…mintak dijauhkan..smoge Mohd Raffie tabah mghadapi dugaan-Nya..
penyimbah asid tu memang gila…dia ingat boleh terlepas hukuman begitu saja..didunia bolehla, tapi diakhirat pasti kena..moga mangsa tabah dengan dugaan ini..
latep recently posted..3 Takut yang perlu kita takut…
Assalamualaikum,
Sama-samalah kita harapkan anak muda ni tabah hadapi semua ujian ini…memang tak mudah, namun, dengan sokongan semua orang di sekelilingnya, moga dia lebih kuat.
Allah menguji hambaNya yang mampu sahaja, kemampuan dia mungkin lebih tinggi tahapnya berbanding kita.
Anyss recently posted..Tawaran Mengikuti Kursus Jangka Pendek Sesi 2011/2012 di ASWARA
Ramadhan ni syaitan dirantai. Yang simbah asid syaitan jenis apa pula ni? Memang lagi syaitan dari syaitan nirajim kot. Kalau dia Islam, aku doakan supaya dia diberi hidayah oleh Allah dan insaf dengan perbuatan dia yang terkutuk tu…
arena84 recently posted..Kemalangan Jalanraya Terkini 9 Warga Indonesia Mati Dalam Nahas Ngeri Melibatkan Lori Sayur dan SUV di Engkilili Kuching Sarawak