Selayang Baru
Selayang, Selangor
18 Februari, 2013
10.15 pagi
Penjenayah biasanya akan merancang terlebih dahulu akan kegiatan yang dilakukan dan akan mengkaji segala kelemahan sasarannya dan faktor persekitaran juga diambil kira termasuk jenis kenderaan yang akan digunakan untuk ‘majlis makan besar’ itu.
Ada yang berjaya dengan hasil yang lumayan dan mungkin kini telah hidup senang lenang tanpa dapat dikesan, tetapi biasanya, akhirnya mereka akan tumpas juga hasil maklumat dan kecekapan polis bertindak dan menyiasat.
Namun, kali ini, penjenayah lebih nekad – sasarannya sebuah kedai emas yang terletak hanya beberapa meter di seberang jalan Pondok Polis Selayang Baru.
2 saspek menaiki sebuah motosikal dipercayai Honda EX-5 berwarna hitam (nombor pendaftaran tidak pasti) dan bersenjatakan tukul dan parang, memecahkan cermin rak barang kemas.
3 dulang emas kemudian dilarikan dengan motosikal, di mana kedua-dua saspek memakai topi keledar tetapi tiada penutup muka.
Untuk rekod, kedai emas ini tidak mempunyai sistem amera litar tertutup CCTV dan tanpa pengawal keselamatan.
Mujur kedai berhampiran mempunyai CCTV nya sendiri – dan imej ini mungkin boleh membantu polis mengesan penjenayah.

















mungkin penyamun nie ikut pepatah cina..’tempat yang paling bahaya adalah tempat yang paling selamat’…selalu jumpa ayat tu dlm filem filem cina..hehe yang kedai emas pun satu…pasang jer lah cctv…bukan mahal mana pun dah sekarang nie..kat jalan pasar pudu tu bersepah jual..modal tak sampai 100 ringgit pun…kalau ada cctv tu senang sikit kerja polis..
small timer nie…..