Samun Kedai Emas Dalam 5 Minit
Jalan Chow Kit
Kuala Lumpur
21 Oktober, 2011
2 petang
Beberapa bahan berita yang sepatutnya disiarkan semalam, hanya dapat dimuatnaik hari ini kerana kesuntukan waktu. Kes ini berlaku semalam, 21 Oktober 2011.
Ketika pada awal tahun 2000 dan beberapa tahun selepasnya, kebanyakan trend rompakan terutama terhadap bank dan kedai emas, dilakukan pada hari Jumaat.
Saya banyak membuat liputan ketika itu, di mana, apabila sahaja hari jumaat, selalunya wartawan telah bersiap sedia menerima maklumat kes-kes rompakan sedemikian.
Mungkin sudah suratan atau kebetulan, ketika itu, hari Jumaat menjadi sasaran penjenayah terutama antara jam 12 tengahari – 2 petang melakukan kegiatan mereka.
Dan kebelakangan ini, trend itu nampaknya ‘kembali’ semula…
Hanya 5 minit diperlukan oleh sekumpulan 3 penjenayah melearikan 3 dulang barangan kemas dari kedai emas ini.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.46 petang ini, terdapat 2 pekerja dan 2 pelanggan di dalamnya.
3 lelaki menaiki 2 motosikal berhenti di hadapan premis.
2 dari mereka, bertopi keledar, terus meluru memasuki premis dan mengacukan pistol.
Setelah mengarahkan pekerja menyerahkan barangan kemas terbabit di dalam 3 dulang, mereka terus melarikan diri dengan motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu.
Tiada sebarang tembakan dilepaskan.
Post Lain Yang Berkaitan
2 Comments
You must be logged in to post a comment.



5 minit jer lesap?? guna ilmu alam kot…
Makin menjadi2 skrg….
nurmisnan recently posted..Kerana lelaki ini 1027 rakyat Palestin bebas dari penjara laknatullah
macam kes samun kedai emas kat kajang je…5minit gak..hmm
arena84 recently posted..Akibat Kata-Kata Dr Fadhilah Kamcah (Serius Lawak!)