Samun – Wanita Terselamat – Pistol Penjenayah Tiba-tiba Tidak Berfungsi
Desa Melawati,
Kuala Lumpur
31 Dis 2011
5 petang
Sukar untuk dipercayai malah ia bagai satu keajaiban – di saat-saat genting seorang penjenayah cuba menembak tepat ke arah mangsa samunnya, tiba-tiba pistolnya tidak berfungsi…
Itulah saat genting yang dihadapati seorang wanita apabila 2 lelaki bersenjatakan sepucuk pistol, tiba-tiba menyerbunya di hadapan rumah dalam kejadian samun ke atasnya.
Dan keberanian 2 anak bujangnya berusia 15 dan 17 tahun, sanggup bergelut dengan 2 penjenayah terbabit walaupun menyedari mereka dalam bahaya, semata-mata untuk melindungi ibu mereka.
Dan sebenarnya, penjenayah melepaskan 5 das tembakan dalam kejadian kira-kira 5 minit itu- dan nasib menyebelahi keluarga ini apabila tiada yang terkena tembakan itu.
Sebaik keluar dari kereta dan untuk memasuki kawasan pagar rumahnya, dua lelaki terbabit menyergahnya dan berlaku pertelingkahan sambil seorang dari mereka mengacukan pistol.
Dalam keadaan kelam-kabut, 3 das tembakan dilepaskan secara rambang dan mengenai pintu dan pagar rumah ini.
2 anak lelaki mangsa kemudian bertindak bergelut dengan penjenayah – bagaimanapun kedua-dua mereka cedera akibat dihentak dengan pistol, dan seorang lagi dengan topi keledar penjenayah.
Beg tangan wanita dirampas, dan ketika ini satu lagi tembakan cuba dilepaskan tepat ke arah mangsa, namun pistol tiba-tiba tidak berfungsi.
Kedua-dua penjenayah kemudian dalam usaha melarikan diri dengan motosikal, 2 das lagi tembakan dilepaskan.
Beg tangan wanita ini ditemui tidak lama kemudian kira-kira 3 kilometer dari rumahnya, dicampakkan di tepi jalan – namun sejumlah wang tunai telah lesap.
Post Lain Yang Berkaitan
8 Comments
You must be logged in to post a comment.




semakin2 menjadi2 jenayah skg nie….diorg bertindak lebih agresif….adakah sistem keselamatan kita longgar sampai senjata api mudah didapati skg nie….???
trending recently posted..Party Dips and Appetizers for New Year’s Eve
pantang maut sebelum ajal….
Kujie recently posted..Di Hujung Sinar 2011
gila!
arena84 recently posted..Komik KL Gangster – Kisah Silam (Serius Lawak!)
Ya, belum ajal… Dan saya puji tindakan anak-anak beliau, berani. Kalau mati pun, syahid. Bagi saya itu bukan tindakan merbahaya atau bodoh.
7 shots altogether…. Bukan revolver. Senjatapi semi-auto memang selalu jem. Atau mungkin habis peluru.
Ultimately, Allah yang menentukan.
Oh, ni bukan kes abis peluru, sebab dia tembak lagi 2 das masa nak lari. Kemungkinan besar, pistol jem.
Alhamdulillah.
Penjenayah kecil kecillan pun dah pakai pistol sekarang ni.
Berpantang maut sebelum ajal.Itu sbb kalu dalam askar/tentera sekalipn,senjata kena selalu servis,kalu pergi berperang dh mati dh orang ni sbb senjata stuck (tp berani ke org camni pergi berperang?).Kalau penjenayah (mangkuk) ni rakyat Malaysia mungkin boleh juga dikesan sbb kemungkinan ade finger-print yg ditinggalkan pada helmet merah tu.Tp kalu penjenayah “antarabangsa” atau diorg pki glove peluang nk kesan tu agak tipis lah,susuk badan,no pendaftaran kenderan & rupa kenderaan brgkali peluang yg ada.
Assalamualaikum,
makin rasa gerun dengan peningkatan keberanian penjenayah masa kini…selalu sangat tengok cerita koboi gamaknya!
Anyss recently posted..Gerakan Besar-besaran Gabungkan BN dan PAS di Thailand. Ada Sesiapa Faham Apa Yang Tertulis?