Sebagai CSI, Anda Kena Sabar Dalam Menyiasat

Gombak, Selangor
30 Sept 2010

 Ini adalah susulan siasatan kes ‘CSI’ di bawah.

Kisah ini tidak habis begitu sahaja.

4 lelaki hari ini dikenakan perintah tahanan reman setelah polis melakukan tangkapan semalam.

Polis yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan laporan pengadu dan mangsa, tetap meneruskan siasatan.

Keadaan kedua-dua mereka yang seperti ’tidak berapa serius’, menyebabkan keraguan timbul dalam siasatan kes ini.

 Namun, polis masih belum berputus asa dan tetap menyiasat walaupun ada unsur keraguan dalam laporan dan tingkah laku pengadu dan mangsa.

Hasil dari penelitian pada CCTV di hadapan sebuah rumah tumpangan , lokasi di mana kejadian bermula, dua imej lelaki dikesan.

Akhirnya, kira-kira jam 10.40 pagi semalam (29 Sept), 2 lelaki ditangkap di Rawang, berusia 23 dan 27 tahun .

Hasil pemeriksaan, polis menemui anak kunci sebuah kereta Perodua Kancil berwarna biru, dan mereka turut menunjukkan kereta terbabit di tepi bangunan berhampiran lokasi mereka ditangkap.

2 simkad dan satu anting-anting turut ditemui di dalam kereta terbabit.

Jam 11.35 pagi, seorang lagi lelaki ditangkap di Bukit Rawang Jaya.

Hasil siasatan awal, ketiga-tiga saspek mengaku terlibat dalam 2 kes:

- iaitu kejadian di  rumah tumpangan itu dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Kesiksaan.

- kejadian mangsa diambil dari Stesyen Keretapi Rawang dan dirogol di sebuah ladang kelapa sawit di Sg Choh – siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaan.

Susulan dari itu juga, seorang lagi lelaki ditangkap di Putrajaya, menjadikan semuanya 4 ditangkap.

Jadi, kepada para CSI, apa tindakan anda seterusnya?…

Kesimpulannya, jangan terus ‘tutup buku’  akan sesuatu kes , teruskan siasatan sehingga menemui apa sebenarnya yang berlaku…

Post Lain Yang Berkaitan

3 Comments

  • Pada 2010.10.01 20:59, Anyss menulis:

    Salam,
    Ish! ish! ish! Saya memang tak leh jadi penyiasat…ingatkan dah habis tang tu je. Panjang lagi rupanya. Mmmmm mesti hasilnya menarik nanti ….
    Anyss recently posted..Magika Macam avatar tak

    • Pada 2010.10.02 12:15, Nizam menulis:

      Salam…
      Sukar gak nak jadi penyiasat nieh.. Kengkadang kita konfius ngan cerita pengadu.. Pepehal, PDRM yg trbaik..
      Nizam recently posted..DiGi iPhone 4 Life

      • Pada 2010.10.05 11:15, siapaygTahu menulis:

        mereka diugut.. sbb berhutang kot.. jeng jeng jeng..

        You must be logged in to post a comment.