Sepandai-pandai Menebuk Dinding
Sg Way,
Petaling Jaya, Selangor
1 September 2011
Bukan mudah untuk menjadi penyamun – perancangan kena teliti dan jangan ‘kantoi’.
Salah seorang dari ahli yang ‘kantoi’ di tangkap pun akan menjadi ahli lain lambat laun akan dapat dikesan.
Tetapi dalam kes ini, 6 berjaya ditangkap – terperangkap dalam premis yang ditebuk…
Kejadian ini berlaku kira-kira jam 2 pagi – membabitkan 3 tiga premis – yang matlamat akhir mereka ialah premis pajak gadai yang terletak di hujung bangunan.
Mereka datang dengan 3 kenderaan termasuk sebuah Mercedes Benz dan membawa bersama pelbagai peralatan menggerudi dan menebuk dinding dan barangan pecah rumah.
Lokasi yang dipilih pula amat bersesuaian – terletak hanya kira-kira 100 meter dari Balai Polis Sg Way.
Sebelum ‘tiba’ ke lokasi pajak gadai, mereka perlu memecah masuk 2 premis dahulu – sebuah kedai kasut , kemudian menebuk dinding ke kedai gambar dan akhirnya menebuk dinding pajak gadai.
Misi pertama mereka berjaya – dapat memecah masuk melalui pintu belakang kedai kasut tersebut dan membuat dua lubang pada dinding di dalam kedai untuk membolehkan mereka masuk ke kedai gambar di sebelah.
Setelah memasuki ke kedai gambar, mereka sekali lagi cuba membuat satu lubang sebagai laluan ke kedai pajak gadai di sebelahnya.
Ketika itulah alat penggera keselamatan berbunyi, yang berjaya mengejutkan seorang lelaki yang tidur di sebuah premis
terletak di tingkat dua.
Polis segera dihubungi yang tiba beberapa minit kemudian untuk melakukan siasatan.
Malang bagi kumpulan terbabit – mereka tidak sempat keluar dan terkepung di dalam premis kedai gambar yang menyebabkan semua mereka, iaitu 6 orang berjaya ditangkap.
Suspek yang menebuk dinding premis turut menggunakan alat vakum lantai dipercayai untuk membuang batu-bata/serpihan bagi mengelakkan ia dikesan.
Mereka turut bertindak merosak dan mencabut beberapa kamera litar tertutup (CCTV) terdapat di premis berkenaan.
Polis turut menemui beberapa kamera, wang tunai dan telefon bimbit dalam beg dibawa mereka dipercayai dicuri dari kedai gambar tersebut.
Nota- Kejadian ini berlaku semalam, dan saya hanya sempat untuk kemaskini hari ini (2 Sept 2011). Semalam banyak kes berlaku di Lembah Klang, dan saya sekarang berada di Kuala Terengganu. Terimakasih kepada rakan-rakan media yang berkongsi maklumat kes-kes ini.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.




Besar betul driller simen tu..
Rozeman Bin Hassan recently posted..Beraya di Perth, Australia
Allah bagi peluang untuk mereka insaf..
naimulfirdaus recently posted..betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
Tahniah kepada semua yang terbabit dengan kejayaan penangkapan ini.
Sungguh kreatif penjenayah ni. Kan bagus kalau kehebatan mereka ni disalurkan dalam saluran yang betul dan halal…hmmm..
arena84 recently posted..Kemalangan Ngeri Bas dan Lori di China 18 Mati 17 Parah