Sindiket Curi Pasir Tumpas-
Bandar Teknologi Kajang
Kajang
Selangor
11 Feb 2010
Bukan mudah untuk mengesan kegiatan ini lebih-lebih lagi jika kedudukannya yang tersorok.
Sindiket yang berjaya ditumpaskan ini dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira 3 bulan lalu.
Untuk ke lokasi, terpaksa melalui jalan berdebu dan berlubang-lubang berhampiran Kelab Golf Kajang Hill, Bandar Teknologi Kajang.
Hasil risikan dan maklumat awam, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat berjaya membongkar kegiatan ini.
Diketuai Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan), Khairul Fahmi Mahmud bersama kira-kira 20 anggota dan dibantu pegawai dan anggota polis dari IPD Kajang, mereka berjaya menahan 9 orang.
Mereka berusia antara 20han hingga 50 han dan merupakan penduduk tempatan.
Dua dari mereka juga ditahan kerana cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa ketika serbuan dilakukan.
4 buah lori dan 2 buah jengkaut bernilai kira-kira RM700,000 disita.
Ketika tiba, anggota sindiket sedang cuba membawa keluar pasir ini dengan lori tetapi berjaya dipintas dan ditahan.
Menurut Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin Aala, tanah ini adalah tanah hakmilik, bermakna pemiliknya juga akan dikesan dan akan dikenakan tindakan.
Walaupun dalam keadaan yang tersorok, ia dilengkapi kelengkapan canggih.
Penimbang yang digunakan ialah jenis penimbang digital berkomputer, seperti yang digunakan Stesyen Timbang JPJ bagi menimbang berat pasir yang dibawa keluar.
Post Lain Yang Berkaitan
7 Comments
You must be logged in to post a comment.





Assalamualaikum.
Bang boleh tak abang pergi siasat curi pasir kat taman mas puchong berhampiran dengan sri aman puchong dan taman putra prima.
Saya tgk selama lebih 4 tahun kegiatan curi pasir berlaku tetapi tiada tindakan,
jalan2 banyak rosak disebabkan lori banyak yang keluar masuk.
siasatan yang saya buat mereka akan pergi pada awal pagi sebelum subuh sehingga pukul 9.00pagi.Lori ni dapat upah sekitar RM500.00 satu angkut sehari.
Yang saya heran polis peronda banyak yang lalu.tapi takder apa² pun,sedangkan jalan sentiasa rosak,cthnya hari ini repair esok rosak balik.
Terima Kasih.
Azna
terimakasih atas maklumat. ok, emailkan kpd saya maklumat lebih terperinci. [email protected] seberapa segera yang boleh.
Syabas, ondscene
syabas!
hari-hari saya lalu jalan ni utk ke tpt kerja. jalan mmg berlubang2 walaupun dah beberapa kali dibetulkan sbb lori besar kerap lalu kawasan ini.
dari pemerhatian sy selama hampir 2 thn melalui jln ini, kawasan bukit tu mula2 hijau2. tibe2 minggu lepas sy lalu dah habes kene gondol.
tahniah kepada pihak berkuasa kerana segera membuat tindakan.
laaa.. patut la selama ni jalan shortcut ke bandar teknologi berlubang2.. sebab ni rupanya..
Tahniah atas berita Bro…selain MalaysiaKini, TukarTiub…blog bro santapan saya breakfast, lunch dan sebelum tidur.
Monji
hi apa update tentang
curi pasir kat taman mas puchong
apa maklumat diperlukan?
i tinggal dekat tamn putra prima , apa boleh saya bantu?