SMS Berniat Baik, Tapi Ianya Palsu

Baca ‘pesanan’ ini:

“PESANAN PENTING UNTUK SEMUA WANITA YANG PERGI KERJA, COLLEGE ATAU SEKOLAH BERSENDIRIAN. Jika anda t’jumpa budak kecil sdg mnangis ats jalan, yg memberi anda alamatnya dn m’minta anda agar mhantarnya ke ke alamat t’sbt. Sila bawanya ke balai polis yg b’dkt’n.X kira apa yg anda mahu lakukn, JANGAN bawanya ke alamat yg diberikn. Ini adalh taktik baru utk pjenayah m’rogol wanita. Sila smskan mesej ini kpd semua rakan anda agr mrk blh mberitahu maklumat ini kepada rkn2 mrk dn ahli keluarga mrk.Terima kasih.

Dari ASP SUMAN KUMAR-D9-Bukit Aman smpaikn kpd shbt2 yng brknaan..

Mungkin anda ada menerima SMS ini di telefon bimbit anda.


Dengan senang hati, dan penuh teruja, anda akan hantar pula ke rakan, ahli keluarga lain.

Niatnya nampak baik, dan mungkin mampu membuatkan anda berdebar-debar malah mungkin ketakutan membacanya.

Sebenarnya, ini adalah antara ribuan SMS ‘forward’ yang mampu menelan kredit telefon bimbit anda dengan cepat, dan mengayakan syarikat telco walaupun mungkin harga SMS hanya 1 sen setiap SMS yang dihantar.

Apa motif sebenar, tidak diketahui.

Tetapi, sebenarnya, tidak wujud nama ASP SUMAN KUMAR yang kononnya ‘mencipta’ SMS ini.

Perkara ini disahkan oleh Bahagian Perhubungan Awam Bukit Aman.

Bagaimanapun, siasatan akan tetap dilakukan mengenai kesahihan SMS ini.

Apa yang dapat disimpulkan, mungkin (mungkin) ini adalah antara ‘konspirasi’ terancang pihak-pihak tertentu bagi tujuan ‘perniagaan’, kerana mereka tahu memanipulasikan psikologi rakyat Malaysia yang pasti akan menghantar salinan SMS ini ke nombor lain.

Post Lain Yang Berkaitan

17 Comments

  • Pada 2010.12.19 13:29, Hasmizal menulis:

    sms ini belum pernah diterima lagi, yang diterima mesej ini melalui e-mail.

    Mungkin ini salah satu cara untuk mengaut keuntungan secara ‘tersembunyi’.
    Hasmizal recently posted..KLIMS 2010 @ NAZA BIKERs BOOTH

    • Pada 2010.12.19 14:45, Bb Hussain menulis:

      oh really tipu ker..pernah dapat..tapi tak forward sebab Bb mmg malas bab2 forward sms/ email..
      Bb Hussain recently posted..Ron95 Naik 5 senhuhu

      • Pada 2010.12.19 14:45, suffer8zine menulis:

        nama polis tu pon pelik je :P

        Terkini : 5 Tandatangan Termahal Di Dunia
        suffer8zine recently posted..Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia

        • Pada 2010.12.19 15:42, Bamiekl menulis:

          Kalau betul terjumpa budak kecil macam itu, hantar jer terus balai polis yang terdekat, biar Polis yang hantar dia balik ke alamat dia…baru betui!! betui! betui!……http://uqikl.blogspot.com

          • Pada 2010.12.19 17:15, Ustaz Love menulis:

            Salam…

            Nasib baik kat akhir sms tu tak tulis “sila forward kepada 20 orang dan anda akan mendapat kebaikan, jika tidak anda akan ditimpa musibah”… hehe :D
            Ustaz Love recently posted..Mari Bertarannum

            • Pada 2010.12.19 18:08, Breakeven menulis:

              ~ ala mende ni sama je ngan sms or email yang mcm Ustaz Love ckp…sila forward blbalbla…pastu sebelum tu tulis la ayat Quran or story yang pelik-pelik. kalau x forward akan ditimpa musibah…oohh..what the…..kalau Tuhan nak kasi musibah x pyg tunggu kita x fwd msg tu laa.org melayu mudah sgt kecoh kalau pape saje ada libat ayat Quran..mesti ada fikir betul..padahal..ayat Quran tu diperalatkan saje..Huh…i just hate it..

              • Pada 2010.12.19 18:30, mijie menulis:

                memang sms begini sy selalu terima, dah jadi mcm sms berantai pula, dan sy tidak pernah peduli pun kalau dpt sms begini, sebab kalau betul kes begini pasti dah heboh di berita tv dan sebagainya
                mijie recently posted..Orang Kurang Upaya OKU

                • Pada 2010.12.19 21:50, yg benar menulis:

                  saya pernah dpt sms ni drpd sorg kawan… tapi tak forward pun sbb saya tak suka buang kredit.. hehehe

                  • Pada 2010.12.19 23:28, digolbot menulis:

                    banyak kali jugak dapat sms macam ni. Niat/info memang baik dan berguna, tapi kadang2 rasa was2 jugak…
                    digolbot recently posted..Sehari di Dinos Alive – Pusat Sains Negara

                    • Pada 2010.12.20 00:36, AzeedA menulis:

                      ye pernah terima tp x fwd juge.
                      ade mmber siap retype kt FB.. nk save kredit kot…

                      • Pada 2010.12.20 11:54, az man menulis:

                        salam..
                        dulu pernah dapat gak sms bagitau
                        anda akan dapat hadiah tv plasma sekiranya hantar kepada 20 orang lagik..
                        tapi tak antar pon :)
                        az man recently posted..Kerja Luar- balik

                        • Pada 2010.12.21 01:19, Ain_Aini menulis:

                          hahaha… lawak gile sms tu

                        • Pada 2010.12.20 14:28, Nerzhul menulis:

                          baru je dapat semalam. terus delete je…

                          • Pada 2010.12.21 01:15, Ain_Aini menulis:

                            Sms belum terima. Pernah dapat melalui email tahun lepas/ 2tahun lepas. Ada cerita sebenarnye. Tapi tak pasti sejauh ana kesahihan cerita tu..

                            • Pada 2010.12.21 22:13, che ngah che ngah menulis:

                              sy pun dpt sms tu. memang x percaya tp tetap ambil iktibar.. sbg peringatan pd diri sendiri

                              • Pada 2010.12.22 00:11, usez menulis:

                                pernah gak dapat…

                                • Pada 2010.12.22 14:12, zulpjj menulis:

                                  dapat mesej ni melalui FB….

                                  You must be logged in to post a comment.