Suami Isteri Mati Ditetak
Kampung Batu 30,
Jalan Kuala Lumpur-Ipoh,
Hulu Yam, Hulu Selangor
28 September 2011
Nama mangsa – L. Ramasandram, 57, isteri- A. Bakiam, 51.
Pasangan suami isteri ini adalah penoreh getah – yang akhirnya menemui ajal dengan cara amat kejam.
Motif pembunuhan masih belum diketahui – teapi dipercayai bukan bermotifkan samun kerana telefon bimbit dan barang kemas mangsa tidak dilarikan.
Kejadian berlaku awal pagi, apabila kira-kira jam 5.40 pagi, anak mangsa menerima panggilan dari rakannya mengenai kejadian ini.
Kedua-dua mangsa dipercayai dihalang dari melalui laluan tanah merah ini oleh suspek dengan sebatang besi panjang menyebabkan mereka tercampak dari motosikal dan tidak dapat melarikan diri.
Suspek kemudian menyerang mangsa dengan menetak mereka bertubi-tubi menggunakan senjata tajam di kepala, badan dan lengan menyebabkan kedua-duanya maut di tempat kejadian.
Polis turut menemui sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna biru milik mangsa berhampiran tempat kejadian.
Post Lain Yang Berkaitan
1 Comment
You must be logged in to post a comment.




Ish2. Orang gila kot yang bunuh tu. Menakutkan betul zaman sekarang ni. Takziah kepada keluarga mangsa..
arena84 recently posted..Gambar Perodua Myvi Modified Pink MyLove Warna Merah Jambu