Surau Rehat & Rawat Lebuhraya Ada ‘Toyol’

Surau
Restoran Jejantas Sg Buloh
arah Selatan
Petaling Jaya
14 Feb 2011
7.40 malam

Bagi kebanyakan dari kita, surau atau masjid adalah dianggap sebagai kawasan yang selamat.

Bagaimanapun, penjenayah tidak pernah mengenal atau berfikir untuk tidak melakukan jenayah di tempat ibadah itu.

Bagi mereka, di situlah lubuk ‘rezki’  - kerana ramai dari kita lalai dan alpa kerana semata-mata tempat itu adalah masjid atau surau.

Ada juga yang beranggapan – mustahil orang melakukan kejahatan atau jenayah di dalam masjid atau surau.

Dengan anggapan itulah, maka penjenayah mengambil kesempatan melakukannya.

Terbaru, seorang kakitangan kerajaan, menjadi mangsa ketika berhenti seketika untuk solat maghrib di surau  Restoran Jejantas Sungai Buloh, di sini.

Zalina, 36 tahun, ditemani anak perempuannya, 7 tahun, masuk ke dalam surau wanita yang terletak bersebelahan tandas.

Menyangka keadaan di dalamnya selamat, dia meminta anak perempuannya duduk seketika di dalam surau dan memintanya memegang beg tangannya sementara dia pergi mengambil air sembahyang di paip berhampiran,

Sebaik memasuki semula ke dalam surau, dia menyedari kelibat seorang wanita  tergesa-gesa  membuka telekung sebelum membalingnya ke lantai surau dan  juga tergesa-gesa keluar dari surau.

Terpinga-pinga dengan tingkah laku aneh wanita terbabit , anak perempuannya kemudian memberitahu , dompet duitnya yang berada di dalam beg tangan diambil wanita terbabit.

Kejadian berlaku pantas dan anaknya terdiam kaku dan tidak sempat menjerit sebelum wanita bertudung dan memakai baju putih itu menghilangkan diri.

Kejadian bagaimananapun tidak disedari oleh beberapa wanita yang berada di dalam surau itu.

Akibatnya, Zalina  kehilangan sejumlah wang tunai, Mykad, lesen memandu, kad nikah dan beberapa kad pengeluaran wang automatik (ATM).

Laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Damansara Damai.

Ini fahamkan, ini bukan kali pertama kejadian dilaporkan berlaku di lokasi sama.

Post Lain Yang Berkaitan

27 Comments

  • Pada 2011.02.16 18:28, Kerani Proton Shah Alam menulis:

    biasanya, surau perempuan lah banyak kena kes macam ni….nyaknyo sungguh kat kaum wanita…sebab diorang memang complicated sangat kalau nak g amek air semayang tu…

    apa apa pun, berhati hati lah selalu…beringat sebelum kena, kalu dah kena, memang kena double beringatlah pasni.

    • Pada 2011.02.16 18:34, Rozeman menulis:

      Astarfirghullah… kenapalah sampai begini sekali. Dalam rumah Allah pun sanggup buat dosa..
      Rozeman recently posted..Nasi Briyani di Tasik Limbongan Bistro

      • Pada 2011.02.16 18:53, Rizal menulis:

        perghh…lepas semayang buat jahat? atau buat2 sembahyang?

        bapa saudara saya lagi best, letak handphone betul2 sebelah sejadah, orang tu datang, pegang handphone tu, kemudian letak balik, agaknya dia fikir pak sedara saya tak respon pun, selamba dia ambil telefon tu masa pak sedara tengah sujud…

        berlaku di surau yang sama…huhu…dunya dunya…
        Rizal recently posted..Fwooaahh- Nak Satu Gak – Satarii Star Accessory

        • Pada 2011.02.17 00:13, ira naqiyyah menulis:

          pastu pe jadi,,pakcik awat watpe??klau saye dh selamat dh org tu
          ira naqiyyah recently posted..CINTA LAMA bertukar BENCI dan BENCI bertukar DENDAM!

          • Pada 2011.02.17 08:07, Mohd Azuwan menulis:

            Sukar (bukan sukar la,x boleh pon sbnrnya) nk amik langkah nk tibai pencurik time semayang sbbnya kalu tibai org yg mrncuri tu time tu,semayang dh jadi x sah,berdosa plak tu.Itu semua ujian Allah swt & dtg dgn iktibar;sentiasa jaga barang berharga serta redho atas ape yg berlaku (tp setelah berusaha cari cara nk jaga keselamatan brg,bukn redho kosong :) ).Sesiapa yg penah rase kehilangan barang mmg mental down sungguh,tmbh2 barang berharga cm IC,lesen,kad ATM dsbnya.Zaman skang jenayah dh x mengira tempat dh.Kena plak masa kita mahu/tgh beribadat.Mmg sgt2 mnguji betul.

        • Pada 2011.02.16 19:03, din menulis:

          X sangka benda mcm ni pon bole berlaku. Harap2 pencuri tu dpt la balasannya nanti

          • Pada 2011.02.16 19:17, pilotHans menulis:

            perh sempat lagi…mmg perangai toyol…..harap2 aku tak terkena mende ni..menyusahkan n bazir masa jer..haih……

            • Pada 2011.02.16 19:23, Wandi menulis:

              Toyol ni cepat beranak pinak..kalau polis tangkap ramaipun..kemudian hari ada lagi toyol baru..
              so?..Standby backpack..kain telekong + handbag kasi sumbat dlm backpack..convenient sambil ambil wuduk pun boleh galas bag…
              kita patut kurangkan ‘peluang’ toyol ni utk mencuri..kekadang i tengok wanita berjalan2 dikaki lima jalan..sambil menyembang dan menggalas handbag yg terjuntai disebelah jalanraya..mmg ‘peluang’ yg besar tu utk toyol..apa salahnya pakai backpack..carile yg fashionable skit..masih cun apa..

            • Pada 2011.02.16 19:28, Sabahan Bloggers Club menulis:

              Ini dah jadi pencuri profersional dah ni. Gambar kawad cam pompuan tu dapat buat tak? boleh kita tolong sebar-sebarkan.
              Sabahan Bloggers Club recently posted..WW- SBC Valentines day 2011 post

              • Pada 2011.02.16 19:38, kaklong menulis:

                tu toyol betina…!

                maaf la yer…kurang enak perkataan saya…!

                • Pada 2011.02.16 19:44, scid menulis:

                  pompuan skang selalu sgt amek mudah..tak kurang jugak dgn lelaki..anak umor 7 tahun jgn r pecaye sgt..aper ar yg budak tuh bleh buat kalo ader org besar tarik beg tgn tuh sekalipon…sentiase berjage2..zaman skang kene selalu berhati2..bnyk org yg bermuke2 kat dunia akhir zaman nih

                  • Pada 2011.02.16 19:53, Solah menulis:

                    saye selalu letak beg duit tepi sejadah. biler dengar citer camni lepas ni memang saye tadelah letak beg duit sepah2.

                    • Pada 2011.02.18 23:18, adinda menulis:

                      memang tk payah letak wallet tepi sejdah…org lelaki selalu letak brg tepi sejadah gak ke..contoh mcm wallet, henfon??tk selesa ke letk kt seluar..tanye je

                    • Pada 2011.02.16 19:55, URY menulis:

                      tu lah tmpt ibadat pun buat jenayah.. memang toyol tak reti bahasa betul lah tu..
                      URY recently posted..Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman

                      • Pada 2011.02.18 23:20, adinda menulis:

                        toyol pakai baju

                      • Pada 2011.02.16 20:25, latep menulis:

                        spesis mcm ni pon ada..
                        latep recently posted..XPDC LAOS-CAMBODIADay 5

                        • Pada 2011.02.16 21:45, Anyss menulis:

                          Salam,
                          Kalau dulu, masa solat letak henbeg kat depan sejadah; masa kita sujud orang tarik kita tak nampak pun.
                          Nak elak, letak je henbeg tu kat lutut. Bila sujud, hati aman sikit.
                          nak lagi aman masa solat, tak payah guna henbeg. letak je dompet dalam poket. Sebab tu kot ramai orang pakai seluar bila perjalanan jauh. selain bebas bergerak, dompet boleh letak je dalam saku.
                          Orang yang kurang hidayah ni, kat mana2pun sanggup cari peluang walaupun kat teampat ibadah macam tu

                          • Pada 2011.02.16 22:01, nur misnan menulis:

                            salam brother syam..
                            dah memang manusia seperti ini
                            tak kira surau atau masjid
                            habis dia bedal… tak takut pd-Nya
                            nur misnan recently posted..Telemovie Yang Terpuji memang terbaik

                            • Pada 2011.02.16 22:07, farhan menulis:

                              Restoran Jejantas Sungai Buloh? dah banyak kes kecurian berlaku… saya adalah seorang mangsa… kereta saya kena kopak, satu set GPS ngan smart tag hilang… saya keluar pergi tandas tk sampai 5 minit, cepat betul derang wat keja.. walhal kat situ orang ramai lalu lalang… ntah2 betul kot toyol yg curi…

                              • Pada 2011.02.17 00:13, issrahman menulis:

                                kalau toyol betul..nak buat apa dgn gps and smart teg tu…tuan dia ajar ambik duit jer..ni semua mesti kes toyol ada rambut bukan toyol botak

                              • Pada 2011.02.16 22:27, akuhann menulis:

                                kete sy kene pecah kat hentian tangkak.. malang nasib.. dah la otw ke glenmarie ade tournament rc.. ingat setakat radio, gps , laptop je dia tibai.. rupanye rc car sy pon dia tibai.. melayang duit kene beli lagi.. x beradab sungguh!
                                akuhann recently posted..ANONYMOUS TETAP KAWAN AKU

                                • Pada 2011.02.17 00:03, mafia87 menulis:

                                  Bende camnie memang biaser.. Time2 aku belajar dulu.. aku penah turun kt Hentian Bas Putra.. Time tu time waktu solat subuh laa… Lepas siap solat tu, kt suram pompuan kecoh ade makcik tu ckp beg dier kener curi… Org yg amik tu saksi ckp, pompuan biaser jer.. pakai tudung n dh lamer duk dlm surau tu.. (Sblm masuk waktu subuh lg..)

                                  • Pada 2011.02.17 00:16, ira naqiyyah menulis:

                                    so far tak pernah kene kat mane2..alhamdulillah..tak tau la kalau kena nak hadapi macam mane..huuhuhhu sabar ye kalian semua yang terkena..ini ujian allah
                                    ira naqiyyah recently posted..CINTA LAMA bertukar BENCI dan BENCI bertukar DENDAM!

                                    • Pada 2011.02.17 08:07, enylza menulis:

                                      Emak saya mengalami perkara yang sama juga. Yang jadi masalah ialah IC, Lesen dan kad-kad ATM yang hilang… Satu hari suntuk nak selesaikan semua kad2 yang hilang ni.
                                      enylza recently posted..Koleksi Kurung Moden Feb11

                                      • Pada 2011.02.18 17:42, Juan menulis:

                                        klu jumpa org mcm ni aku sebat jer nih, hehe

                                        You must be logged in to post a comment.