Susahnya Menjadi Penjenayah, Sukarnya Tugas Polis
Jalan Mawar
Seksyen 5 Taman Kinrara
Puchong, Selangor
5 Februari 2012
8 malam
Kereta Proton Perdana yang dinaiki 2 lelaki ini, sebelumnya dilaporkan hilang di Nilam Puri, Kelantan bulan lalu.
Ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Lebuhraya Kesas, anggota Unit Peronda Polis (UPP) terserempak dengan kenderaan ini lalu meminta mereka berhenti di sebuah stesyen minyak untuk membuat pemeriksaan.
Ketika pemeriksaan dilakukan, pemandunya kemudian bertindak memecut kenderaan ke arah Bandar Puchong dan melakukan pusingan U di Bukit Jalil dan berpatah balik ke Taman Kinrara.
Anggota UPP kemudian mengejar kereta itu dan melepaskan dua das tembakan amaran yang terkena bonet kereta dalam usaha memaksa kedua-dua lelaki menyerah diri.
Ketika tiba di Jalan 5/8 Taman Kinrara , kereta yang dipandu laju itu gagal dikawal dan terbabas sebelum merempuh sebuah gerai makan.
Pemilik gerai dan seorang pelanggan cedera.

Seorang daripada suspek, yang juga pemandu kereta berjaya ditahan manakala rakannya dapat melarikan diri.
Lelaki yang ditahan ,direman 4 hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk membantu siasatan.
Post Lain Yang Berkaitan
6 Comments
You must be logged in to post a comment.




Tahniah pada pihak polis.. banteras penjenayah seperti mereka..
nurmisnan recently posted..Target acquired
dalam berita semalam, ada bgtau yg lg sorang tu lari ke kwsn perumahan, berbangsa melayu.
mdfaizal recently posted..Kisah Liga Indonesia, ISL diharamkan?
kenape dgn Evo 10 polis tu? Tayar pancit ke?
Suspension patah kut…dah langgar double speed bump.
Assalamualaikum,
Tabik spring dengan PDRM…
Anyss recently posted..Antara Al-Ikhlas, Pelangi Ada 7 Warna dan Runtuhnya Sebuah Dosa
suka betu tengok abg polis buat penyamaran,cuba tengok gambar no 7 tu..anggota polis berbaju smart kemeja merah memegang glock…berkasut kilat ala-ala aladdin