Susulan Penemuan Mayat Kanak-kanak -Ibu Mangsa dan Seorang lelaki Ditahan
Kuala Lumpur
24 Dis 2009
Susulan pemenuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dengan lehernya dijerut dua hari lalu.
Ibu mangsa ditahan malam tadi ketika membuat laporan polis di balai Polis Dang Wangi mengenai kehilangan anaknya itu.
Wanita berusia 34 tahun itu ditahan reman selama 6 hari bermula hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACp Khairi Ahrasa berkata, wanita terbabit ditahan berikutan beberapa kenyataannya yang meragukan dan bercanggah.
Susulan dari itu, seorang lelaki juga berusia 34 tahun, ditahan pagi ini di Sentul bagi membantu siasatan.
Lelaki terbabit dipercayai kenalan kepada ibu mangsa.
Bagaimanapun ujian DNA akan dilakukan bagi memastikan dakwaan bahawa wanita terbabit adalah ibu mangsa.
Hasil bedah siasat mendapati, kanak-kanak terbabit mati setelah jerutan kuat ditengkuknya menyebabkan mangsa sesak nafas.
Mangsa juga ditemui tidak berseluar dalam.
Laporan penuh bedah siasat dijangka diketahui minggu hadapan samada mangsa turut diserang secara seksual.
Post Lain Yang Berkaitan
2 Comments
You must be logged in to post a comment.




Ibu?????!!!
selalu keluarga mangsa yang kena siasat dulu tak dalam kes bunuh ni tak ? Harap2 jumpa la sape yg buat nih . grr