Susulan Pukul Mati- "DIa Orang Yang baik…"

Fakta :
Nama Mangsa : Mohd Ibrahim Kadir Mydin (Suami)
Juruteknik Telekom Malaysia
Usia- 47 tahun

Rosina Mydin (Isteri)
Surirumah
Usia- 41 tahun


Lokasi Kejadian : Di dalam sebuah rumah di
Tingkat 7, Flet Sri Sarawak

Jalan Kenanga
Kuala Lumpur

Jabatan Perubatan Forensik
Hospital Kuala Lumpur
3 Oktober, 2008

Akhirnya, jenazah dua mangsa bunuh yang dipercayai mungkin ada kaitan dengan ajaran sesat, selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Proses selesai kira-kira jam 3 petang tadi dan setengah jam kemudian, kedua-dua jenazah dibawa ke Masjid Pandan Indah untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum di bawa ke kampung halaman di Pualau Pinang.
Jenazah dijangka akan dikebumikan tengahmalam ini di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Pulau Pinang.
Menurut abang Allahyarham, Mohd Ali Kadir Mydin, hubungan mereka adik beradik amat baik dan tiada masalah.
Mereke merupakan keluarga yang besar, iaitu 14 adik beradik.
Hanya Allahyarham dan abangnya yang tinggal di Kuala Lumpur manakala yang lain di Pulau Pinang.
Kedatangan mangsa ke rumah Abangnya di flet Sri Sarawak akhirnya membawa maut kepadanya dan isterinya.
Tindakan mereka menerima pelawaan untuk berubat dengan anak saudaranya itu dengan kaedah yang ditawarkan, sukar difahami.
Menurut Mohd Ali, anak saudaranya itu sejak enam bulan lalu mengalami masalah kesihatan.
Mereka kini menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan menyeluruh dan samada adakah benar keluarga terbabit terlibat dalam ajaran sesat atau ada unsur atau faktor lain.
Sementara itu, rakan sekerja yang juga jiran Allahyarham, Abdul Hashim Maswadi, mangsa merupakan seorang yang baik dan mudah bergaul serta menghulurkan bantuan.
Allahyarham juga merupakan Bendahari Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Merpati-B, Pandan Indah dan juga Setiausaha Pengurusan Bangunan terbabit.

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

You must be logged in to post a comment.