Jalan Jenjarum 2B/3
Bukit Sentosa,Hulu Selangor
6 Mac 2013
10 pagi
Penemuan tulang-tulang manusia dipercayai wanita ini menimbulkan misteri – siapakah mangsa yang bernasib malang ini…ditemui dalam keadaan berbungkus
Sehingga kini, polis sedang menyiasat fail-fail lama membabitkan laporan kehilangan untuk beberapa bulan kebelakangan.
Masih terlalu awal untuk ditentukan identiti kerana tulang-tulang ini perlu melalui beberapa proses ujian.
Bagaimanapun, siasatan awal dipercayai ia adalah mangsa pembunuhan dan berdasarkan coli lusuh berwarna kelabu yang ditemui, mangsa dipercayai seorang wanita. mungkin telah berlaku lebih 6 bulan lalu.
Seorang pekerja sebuah bengkel komponen kereta yang baru seminggu beroperasi , terkejut menemui bungkusan kain pelekat mengandungi tulang tersebut ketika sedang membersihkan saluran kumbahan yang tersumbat di belakang bengkelnya.
Penutup besi saluran telah tiada,tetapi bertutup simen konkrit kemudian dipecahkan, dan dipenuhi dengan pasir dan tanah.
Rangka tersebut dipercayai hanya tinggal bahagian tulang sendi lutut dan beberapa tulang pelbagai saiz tanpa tengkorak.
Bangunan kilang perindustrian ringan ini baru disewa sejak seminggu lalu dan dijadikan bengkel kenderaan kenderaan dan kereta ‘half-cut’.
Tulang-tulang kemudian dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
















Assalamualaikum,
Subhanallah.
Tak sabar nak ikuti perkembangan terkini
salam…
sy pon x sabar nk tggu berita terkini dr abg sham….