Ulangtahun Rompakan

Pasaraya Econsave
Taman Alam Damai
Cheras
5 Ogos, 2009

Tahun lalu, pada tarikh yang sama, dan waktu yang hampir sama, kedai emas ini dirompak.

Dan hari ini, genap setahun kemudian, kedai emas sama dirompak lagi.

Sepertimana tahun lalu, kali ini, 3 orang juga yang merompak.

Bagaimanapun, pulangannya tidak berapa berbaloi…

Mereka hanya dapat melarikan barangan kemas kira-kira 10 ribu ringgit.

Paling malang, dari dua dulang barangan kemas, satu darinya cincin emas manakala satu lagi hanyalah cincin dan rantai perak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1-35 petang tadi.

3 lelaki tanpa memakai topeng, terus menuju ke arah kedai emas ini yang terletak berhadapan dengan kaunter bayaran pasaraya Econsave.

2 bersenjatakan pistol, seorang lagi membawa sebilah kapak.
Sedas tembakan amaran dilepaskan ke arah siling.

Ketika kejadian, terdapat 4 kakitangan dan tiada pelanggan. Pasaraya ini pula dikunjungi ramai pelanggan. Dan, nak menambahkan malang lagi, kaca pameran barangan kemas tidak pecah walaupun dihentak dengan kapak.

Akhirnya mereka terpaksa berpuas hati dengan dua dulang itu…
Menurut Timbalan ketua Siasatan jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa, polis segera membentuk pasukan siasatan khas bagi menjejaki penjenayah.

Rakaman CCTV juga sedang diteliti.

Ketiga-tiga penjenayah dipercayai berbangsa Cina berusia antara 30-40 tahun dan pergerakan mereka dirakamkan CCTV pasaraya ini.

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

You must be logged in to post a comment.