Wangsa Maju
Kuala Lumpur
1 Jul 2012
Kemaskini : 2 Jul 2012 – Seorang lelaki warga Mesir, pekerja kedai menjual tulisan khat di sebelah mesin ATM ditahan bagi membantu siasatan, dipercayai terlibat dalam kejadian ini
Jika diletakkan pujian, kumpulan penyamun yang melarikan wang tunai dari 4 mesin ATM ini memang layak menerimanya.
Dengan kerugian RM1.17 juta , segala-galanya nampak teratur walaupun mereka melakukan kerja gila ini dengan pelbagai rintangan yang harus dihadapi.

Bukan memuji penjenayah, tetapi kelemahan sistem kawalan dan keselamatan di lokasi ini dipercayai menyebabkan kejadian ini langsung tidak disedari.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 5 pagi tadi di Carefour Wangsa Maju di ibunegara.
Kumpulan penjenayah terancang ini memasuki bahagian dalam premis hipermarket ini melalui pintu kalis api bawah tanah.
Sebahagian pintu dipotong dari luar dan mereka masuk dengan membawa sekali peralatan untuk membuka peti besi mesin ATM terbabit.
Penjenayah terpaksa mendaki laluan 2 lagi tingkat ke bahagian atas sebelum sampai ke lokasi mesin ATM terbabit.
Kamera litar tertutup di bahagian atas, dialihkan hala tujunya bagi mengelakkan dikesan.
Penjenayah dipercayai menggunakan gas Oxy-Acetylene bagi memotong dan membuka peti besi 4 daripada 6 buah yang terdapat di sini.
Mereka kemudian mengeluarkan 16 buah kotak berisi wang tunai dari 4 mesin pengeluaran sebelum mengeluarkan semua wang tunai yang terdapat di dalamnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Othman Abu Bakar berkata, polis percaya , ia dilakukan lebih dari 3 saspek.
Polis turut merakam percakapan pengawal keselamatan bagi membantu siasatan, manakala beberapa kesan cap jari turut ditemui di lokasi kejadian.
Sebarang maklumat, sila salurkan ke IPD Sentul – 03-61895222

















pengawal ada , cctv ada – yang merompak manusia ada akal. seribu satu jalan dia boleh cari helah.
Sekali gus dia tibai.. Berjuta duit orang dia kebas..
Tak lama tuh…
1.17 mil jee….tadak efek pun bank…caj 50sen singgit dua yg bukan2 dlm sehari pun dah boleh cover
Ya Allah, Carrefour Wangsa Maju? Biasa pergi situ, mesin ATM ni agak tersorok dan lokasi dia kat hujung bangunan, exit senang.
Gambar ke 12 – turun je ramp tu, sampai tempat parking.
Carrefour ni memang agak longgar siket keselamatan dia. Gelap je memalam. Heran juga, cammana dia masuk kawasan parking waktu tu? Pintu besar tak tutup ke?
Oh, Carrefour ni juga pernah berlaku rompakan kedai emas (Wah Chan) tak silap, tengah hari. Seorang pekerja dia terbunuh kene tembak dengan penjenayah
Assalamualaikum,
Aduhaiiii…negara kita kan antara negara paling selamat…
suspek utama yang boleh kita suspek adalah pengawal keselamatan disitu..xmonitor cctv ke ape..ape2 pon diharap pihak yang bekenaan haruslah meningkkatkan lagi ciri2 keselematan di lokasi berkenaan..