Sg Choh
Hulu Selangor
23 Mac 2009
KEJAM…
Itu sahaja yang dapat digambar akan kes yang berlaku ini.
Penemuan mayat wanita yang tergantung ini, dengan hanya memakai baju dalam dan seluar dalam, benar-benar menggemparkan penduduk sekitar Sungai Choh, Hulu Selangor pagi tadi.
Seorang lelaki yang melalui kawasan ini kira-kira jam 7-50 pagi tadi, pada mulanya menyangkakan ia adalah anak patung dan digantung untuk tujuan gurauan.
Lelaki terbabit pada mulanya melalui kawasan ini sebagai jalan pintas untuk ke stesyen Petronas yang terletak kira-kira 100 meter, untuk membeli rokok.
Kawasan ini terletak di atas bukit dan berhampiran rumah penduduk, manakala untuk melalui jalan pintas ini, terpaksa melalui belukar kecil.
Bagaimanapun, alangkah terperanjatnya lelaki terbabit , apabila dia mendekati objek tergantung itu, rupanya adalah mayat seorang wanita, tergantung dengan lehernya terlilit seutas tali yang diikat di dahan sebatang pokok durian.
Rambutnya yang panjang menutupi muka dan mangsa hanya memakai baju dalam berwarna putih dan berseluar dalam berwarna gelap.
Lintang-pukang lelaki itu berlari ke arah stesyen minyak itu dan segera memaklumkan kepada pekerja di situ yang kemudian menelefon polis.
Polis yang tiba tidak lama kemudian, pada mulalanya menyangka ia adalah kes bunuh diri.
Bagaimanapun, siasatan lanjut termasuk dari Unit Forensik IPK Selangor mendapati kes mempunyai unsur jenayah.
Kaki mangsa didapati tidak tergantung, dan ia mencecah tanah, manakala kedua-dua kakinya juga terikat.
Menurut Timbalan Ketua Polis daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Md Rashid, terdapat kesan calar di peha dan kakinya di mana dipercayai berlaku pergelutan.
Polis percaya, lebih seorang yang melakukan perbuatan kejam ini berdasarkan keadaan mayat mangsa.
Mangsa yang masih masih belum dikenalpasti identitinya, berkulit cerah dan berusia lingkungan awal 20 tahun.
Siasatan di tempat kejadian menemui botol arak dan cebisan sekeping tiket bas yang mempunyai nombor siri dan polis akan turut menyiasat kaitan penemuan itu dengan mangsa.
Bagaiamanapun, belum dapat dipastikan adakah mangsa meninggal dunia akibat jerutan tali atau telah meninggal dunia sebelum itu.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan juga menentukan samada mangsa turut dirogol atau tidak.
Berdasarkan keterangan penduduk, polis percaya kejadian berlaku antara jam tiga pagi hingga sebelum mayat ditemui.
Penduduk juga mendengar salakan anjing kira-kira jam 3 pagi di kawasan itu.
Polis meminta saksi kejadian dan mereka yang kehilangan ahli keluarga, supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.



















x sbr nak tgk gmbar.
memang kejam betul.
kejam dan tak berhati perut betul laa…!!!
sanga kejam. melayu ke ni?
hmm…sedih. T_T
Aduhhh…nasib baik ada orang jumpa. Kalau lambat, mesti dah berulat…
Kejam betul la perangai manusia sekarang ni…:(
bro..
beritahu abang yang jumpa mayat tu : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN..
die mati kene bunuh tu bro.
sebab kaki die jejak tanah dan kaki die di ikat. tak mungkin die bunuh diri. sebab kalo die nk bunuh diri mesti die akan panjat sesuatu untuk die menghempas badan bagi membolehkan tali menjerut leher die.. Maknenye die da dibunuh sebelom die digantung. Agak mustahil die tidak dirogol kerna ketika ditemui die hanya berbaju & seluar dalam saje.
p/s: membuat kesimpulan akibat terlalu banyak membace komik berunsur detektif. =)
klau bukan dirogol, kmungkinan motif dendam.. suspek, samaada lelaki atau wanita..
nasib baik tk kene bom mcm atantuya
semakin kejam kes-kes jenayah di negara kita
saya-
cengko-
wanna-
benrauf-
mknace- kejam dan tak de perikemanusiaan. byk manusia sekarang dikuasai nafsu dan bukan akal fikiran, dan mereka lebih kejam berbanding binatang.
sulela- sebenarnya, pokok durian tu tak sampai 100 meter dari rumah penduduk. nak tak nak mesti jumpa sebab ia tepi laluan pintas ke petronas.
usain – kalau dia tak jadi beli rokok, rasanya, lambat lagi mayat tu jumpa kot…
meen- mangsa dipercayai bergelut dahulu dgn penjenayah dan digantung semasa keadaan masih hidup.
anon- kemungkinan itu ada.
hantubom – mereka tak sempat nak gi carik atau beli bom kot…
mungkin mangsa masih hidop.
tapi yg menjadi persoalannye,
kalo die masih hidop kenape mangse
tidak cube mnyelamatkan diri
kerana kakinye tidak digantung.
Jadi die tidak menghadapi masalah
untuk mengeluarkan tali gantung
dari tengkuknye. Melainkan
kaki mangse tergantung dan bole
menyebabkan kaki terkapai2 dan
sudah tentu agak sukar utk bertindak.
Tapi mungkin mangsa sudah tidak
bermaya utk selamatkan dirinye
lagi ketika itu. Lalu pasrah saje
nyawa diambil.
sedih sangat.. the girl was like in her early 20s right ? melayu kan ?
motif dendam maybe..
warga asing kot..
kalu dia cina ke, thai ke, indon ke dia patut mati atau takyah kesian ataupon dua dua?
meen- laporan bedah siasat boleh menentukan samada mangsa mati sebelum digantung atau mati selepas digantung. persoalan mengapa tidak cuba utk melepaskan diri, hanya mangsa yang mengetahui.
dalam kes ini, bedah siasat mendapati, mangsa digantung hidup2 dan mati selepas terjerut lehernya. ada juga kes di mana, mangsa telah mati dahulu, kemudian baru digantung mayatnya.
dalam kes ini juga, dipercayai pembunuh lebih dari seorang dan tidak memungkinkan utk mangsa dapat melepaskan diri.
julia- yes, mangsa awal 20han, tetapi mungkin warga asing. utk makluman, utk mendapat petanda awal samada mangsa adalah warga Malaysia atau asing, biasanya akan lihat pada tanda cacar di lengan. warga asing biasanya tiada tanda tersebut. dalam kes ini, tiada tanda cacar di lengannya.
mai- difahamkan, macam tu lah.
anon- terlalu subjektif utk diulas. apa2pun, mangsa telahpun meninggal dunia.
abg syam, saya cuma mahu highlight, kenape kita ni mashyuk sangat dgn jenis bangsa mangsa. kalu dia tu warga asing pon, kita patut prihatin juga kerana berlaku di negara kita ni.
” Lelaki terbabit pada mulanya melalui kawasan ini sebagai jalan pintas untuk ke stesyen Petronas yang terletak kira-kira 100 meter, untuk membeli rokok.”
: hmmm… patutnyer kat sumer patrol pump tak patut menjual rokok… kan kat petrol pump sendiri adalah kawasan larangan merokok.
: aku pernah terkena.. kat petronas seremban hala ke kolumpor… aku yg datang ke kaunter dulu… alih2 ada mamat sorang ni meluru datang potong que.. ingat nak isi minyak… rupanya nak beli rokok… kurang ajar betul… yg si cashier nyer lak ngong gak… terus layan… padahal dah nampak aku yg datang dulu nak isi minyak. Aku yg masa tu badan tngh letih malas nak bising2. kalu tak nahas dua2 tu aku gasak.
: hmmm… petrol pump… mengutamakan pembeli rokok dari customer yg nak beli minyak. padahal… petrol pump tu… bukan rokok pump…