Reality in Real Life

2 Kes Kebocoran Gas Memasak

Kuala Lumpur
22 Jan 2011
2 petang / 10.45 malam
lagi foto menyusul

Saya mulakan entry dengan kes kebocoran gas memasak. Saya sebenarnya terpaksa berehat sepanjang 2 hari kerana tiba-tiba tak sihat dan hari ini dah separuh ok. Blog mula beroperasi semula hari ini.


Minta perhatian kepada suri rumah terutamanya dan mereka yang terlibat secara langsung dalam operasi masak-memasak khasnya.

Kes ini berlaku Sabtu lalu dan kebetulan, berlaku 2 kes yang disyaki berpunca dari masalah yang sama – dipercayai kerosakan pada injap keselamatan (safety valve) silinder gas memasak.

Sebenarnya, difahamkan, banyak kes sebegini berlaku tetapi tidak dilaporkan kerana mangsa tidak mahu kerugian deposit silinder gas jika ianya diambil oleh pihak berkuasa untuk tujuan siasatan.

Maka tinggallah ia sebagai kes yang tidak akan diketahui umum apatah lagi oleh pihak yang sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 2 petang, di Pasar dan Pusat Penjaja Seksysen 2 Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Ketika kejadian, tukang masak di gerai ini, sedang memasak – 2 dapur digunakan, 1 apinya sedang menyala dari sumber 1 silinder gas.

1 lagi dapur difahamkan tidak digunakan, tetapi tanpa disedari, injap keselamatan silinder gasnya dipercayai gagal berfungsi menyebabkan gas keluar tanpa disedari (gas bukan keluar dari hos, tetapi pada injap yang menyambungkan kepala gas dan hos.)

Secara tiba-tiba, api dari dapur yang digunakan, menyambar gas yang keluar secara ‘senyap’ itu dan menyebabkan kebakaran.

Tukang masak melecur beberapa bahagian badan dan segera dihantar ke hospital.

Siasatan awal Unit Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati, kejadian dipercayai berpunca dari injap yang gagal berfungsi.

Dan, di depan saya sendiri, barulah difahami, mengapa kes sebegini dipandang remeh oleh ramai orang.

“Kalau you ambil ini tong gas, saya rugi RM50. Saya mau tukar sama ejen, Nanti deposit siapa mau ganti kalau you ambil ini tong gas?”

Begitulah lebihkurang dialog di antara yang terlibat , dengan pegawai dari Unit Forensik Kebakaran yang hendak membawa silinder gas itu untuk ujian makmal.

Bagaimanapun, mereka akhirnya terpaksa akur kerana tanpa silinder gas itu diuji, tidak akan tahu punca sebenarnya kejadian.

Jam 10.50 malam, saya menerima 1 panggilan telefon mengenai kes kebakaran di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

Kebakaran ini berlaku membabitkan bahagian dapur sebuah asrama yang menempatkan 12 pekerja asing sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Ia terletak di tingkat atas sekali bangunan 3 tingkat ini.

Bertempiaran lari warga Nepal ini keluar untuk menyelamatkan diri, dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.

Sekali lagi, ianya dipercayai berpunca dari kebocoran gas dari silinder gas memasak ini , juga dipercayai akibat dari kerosakan pada injap keselamatannya.

Ketika kejadian, salah seorang dari mereka sedang memasak, tanpa disedari, gas sedang keluar dari injap dan terus menyambar api.

Akibatnya, bahagian dapur ini musnah samasekali.

3 jentera bomba dan sebuah ‘water-tender’ dari Balai Hang Tuah, Sentul dan Setapak bersama 27 anggota , mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengawal kebakaran.

Ini kes yang diketahui umum dan dilaporkan – difahamkan banyak kes berlaku tetapi mungkin dipandang remeh oleh mangsa kerana mungkin hanya periuk mereka yang terbakar dan api dapat dipadamkan sendiri.

Kejadian biasanya berlaku dengan amat pantas kerana walaupun mungkin kita sempat terhidu bau gas yang tiba-tiba bocor, tetapi biasanya api lebih cepat menyambar dari kita sempat mengambil tindakan selanjutnya.


14 Comments

  1. pomenGTR's Gravatar pomenGTR
    25/01/2011    

    banyak kepala silinder gas yang murah murah (rm10 atau kurang) dijual tanpa kualiti kedap tekanan gas (memang kat rumah saya sendiri ada 2-3bijik kepala silinder gas ni yang baru keluar kotak tapi bocor….sakit hati pun ada…salah satu punca dari design tak lengkap..sepatutnya “seal getah” kat bahagian dalam kepala yang ebrsambugn dgn silinder gas tu cukup tebal dan ketat apabila dikunci…tetapi apa yang biasanya..getah tersebut tidak menepati ukuran yang sepatutnya….

    padan lah murah…getah tak cukup..

  2. Haiqal(bekas penyelia Kilang)'s Gravatar Haiqal(bekas penyelia Kilang)
    25/01/2011    

    SALAM SEMUA,SAYA INGIN MENASIHATKAN KEPADA SEMUA PENGGUNA SILINDER GAS 14KG DAN 12,ELAKAN MENGGUNAKAN SILINDER GAS YANG TELAH DIRECOND KERANA IA AMAT MERBAHAYA UNTUK DIGUNA,

    INI SEBAHAGIAN DARI PROSES RECOND
    1)BUANG TAPAK DAN PEMEGANG SILINDER LAMA,MENGGUNAKAN PROSES PEMOTONGAN OXY-ACETYLENE(API)KEMUDIAN TEMPAT YG DIPOTONG ITU DICANAI RATA.
    2)TAPAK SILINDER DAN PEMEGANG DIGANTI YANG BARU DAN DIKIMPAL SEMULA..
    3)SILINDER LAMA YG TELAH BERKARAT DAN BERLUBANG DIKIMPAL RATA DAN DICANAI LICIN.

    CARA UNTUK MENGENALPASTI SILINDER YANG TELAH DIRECOND IALAH TERDAPAT BEKAS CANAI DI BAHAGIAN ATAS (HANDLE)DAN BAHAGIAN BAWAH(FOOTRING),INI KERANA PROSES PENUKARAN HANDLE YANG DAN FOOTRING LAMA DIPOTONG DAN DICANAI TERLEBIH DAHULU SEBELUM DIGANTI KEPADA YANG BARU,PROSES INI MENGAKIBATKAN SILINDER MENJADI NIPIS.ADA JUGA SILINDER ROSAK YANG TELAH BERLUBANG SEBESAR SYILING 20SEN,DITAMPAL(TUTUP LUBANG) KEMBALI MENGGUNAKAN ELEKTROD WELDING(SMOOTCRAFT) BIASA SAHAJA,DAN DICANAI MENJADI RATA SUPAYA KESANNYA TIDAK KELIHATAN,KALAU ANDA SEMUA MELIHAT PROSES INI,ANDA MUNGKIN AKAN PENGSAN..;-)CUBA ANDA BAYANGKAN TEBAL SILINDER GAS HANYA LEBIH KURANG 3MM,(KALAU TIDAK SILAP),DENGAN SEMUA PROSES DILAKUKAN TERSEBUT,SILINDER MUNGKIN MENJADI NIPIS,,(SILA RUJUK PADA YANG TERLIBAT DLM KERJA KIMPALAN KALAU KURANG FAHAM)
    CARA YG LAIN,PERHATIKAN DEKAT KEPINGAN YG BERADA DI HANDLE SILINDER,JIKA ADA BANYAK BESI SCRAP YG DITAMPAL,MAKA IA ADALAH SILINDER RECON.

    YANG PALING MENAKUTKAN,SETELAH SILINDER RECOND INI SIAP DISPRAY WARNA YANG BARU,UJIAN KETAHANAN NYA ADALAH DENGAN MENGISI ANGIN KEDALAM SILINDER GAS,DAN DIRENDAMKAN KE DALAM AIR,KALAU ADA BUIH ,MAKA BOCORLAH IA,DAN DIREJECT,DAN BERBEZA SEKALI DENGAN UJIAN KETAHANAN SILINDER GAS YANG BARU,IAITU DENGAN DIUJI DENGAN MENGENAKAN TEKANAN AIR YG AMAT TINGGI KEDALAM SILINDER..HASIL PROSES INI MMG 100% BERKESAN,SEMUA SEGALA KEBOCORAN AKAN DIKESAN MELALUI PROSES INI DAPAT DIKESAN,
    SAYA AMAT YAKIN,JIKA SILINDER GAS RECOND MELALUI PROSES YG KEDUA ITU,HASILNYA HANYA 10% SAHAJA SILINDER RECOND BOLEH DIPAKAI SEMULA..

    UNTUK MAKLUMAN,ADA JUGA SILINDER RECOND YANG HANYA MELALUI PROSES SPRAY SEMULA SAHAJA,KERNA IA TIDAK ROSAK TERUK..JIKA ANDA ADA MASA,SILA RUJUK NO SIRI DAN LAIN MAKLUMAT DI HANDLE SILINDE GAS,ADA SILINDER TAHUN 80 AN MASIH DIGUNA HINGGA SEKARANG,INI KERANA SELAGI SILINDER GAS TIDAK KEMEK,DAN BERKARAT SECARA KESELURUHANYA,IA KAN TETAP AKN DIGUNA..DAN SATU LAGI,SILINDER GAS YANG TELAH MELETUP JUGA DIRECOND SEMULA DAN HANYA MENUKARKAN COMPACT VALVE SAHAJA.KEMUDIAN SPRAY BARU..;_)

    INI HANYA SEBAHAGIAN DARI FULL STORY,MAAF JIKA TULISAN INI TUNGGANG LANGGANG,SAYA HANYA INGIN BERKONSI PENGALAMAN,DAN SY TIDAK MEMBURUKAN MANA2 SYARIKAT,MALAH SY TIDAK MENYATAKAN COMPANY MANA YG TERLIBAT..TQ

  3. 24/01/2011    

    pape pon kene la periksa pape yg patut, malang x berbau kan

    Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang

  4. 24/01/2011    

    ini geng penyiasatan dari taman sri rampai kl ni…yg turun…

    perkara sebegini perlu di ambil perhatian

  5. 24/01/2011    

    inilah terjadi bila kita tidak memandang kepentingan keselamatan ini.. semua di buat sambil lewa..

  6. 24/01/2011    

    berapa lama biasanya kita kena tukar ye silinder ngan injap tu? rumah saya rasanya sejak saya pindah masuk 7 tahun lalu tak pernah bertukar lagi. takut pulak bila baca pasal kebakaran nih.

  7. 24/01/2011    

    adus.. kebanyakan memang orang akan pandang benda ni remeh.. tapi bila dah kena batang idung sendiri baru tahu.. Tapi kes yang first tu memang tak patut, sedangkan itu dah tugas penyiasat kebakaran..

  8. 24/01/2011    

    Salam,

    Kepala gas dan getah paip yang menghubungkan tong gas dengan dapur sepatutnya ditukar selalu dan telah menjadi kebiasaan bagi saya untuk menukarkan kepala gas dan saluran getah tersebut setiap 2 tahun.

    Pihak pembekal gas sepatutnya memeriksa setiap selinder gas sebelum dihantar ke kedai-kedai dan pengguna.

    Sekadar pendapat saya…

  9. yaya's Gravatar yaya
    24/01/2011    

    Baru minggu lepas jadi kes macam ni kat medan selera UiTM Arau…tak ada org cedera tapi musnah kedai tu..sampai sekarang tak bukak-bukak lagi

  10. 24/01/2011    

    lepas nih kena letak tong gas yg tak digunakan jauh dari dapur memasak…mungkin boleh elakkan kejadian tidak diingini…pernah skali sy ternampak seorang kanak2 bermain dgn penutup tong gas (menarik keatas dan menolak ke bawah semula)yg sedang digunakan, bila disedari ibunya, dia memarahi anaknya dan terus beredar…sy yg berdekatan terbau bau gas lalu memaklumkan pemilik kedai, ttp pemilik kedai mcm tak endahkan, cepat2 sy blah dari situ…

  11. 24/01/2011    

    perkara camni biasanya terlepas pandang….
    seeloknya, tiap kali kita tukor.. tulis dan tampal besor2 bila tarikhnya..

  12. URY's Gravatar URY
    24/01/2011    

    Saya baru tukar injap dan paip gas kat umah… yg lama bocor, ada bunyi pesssss..
    Nasib baik perasan…
    Mgkn ada cara utk atasi perkara mcm ni dari berlaku..

  13. -shahrul-'s Gravatar -shahrul-
    24/01/2011    

    SALAM BRO….
    SEKARANG MEMANG MUSIM DEMAM, APATAH LAGI TUGASAN SEPERTI ABG YANG TAK KIRA PAGI PETANG SIANG MALAM, KEPADA BRO SHAM, JANGAN LUPA REHAT YANG CUKUP DAN JGN LUPA MAKAN UBAT..HUUHUU… BERKENAAN ENTRY YANG INI, PERNAH PENGALAMAN SAYA MELIHAT SEBUAH KEDAI MAKAN YANG MELETAKKAN KUALI YANG BARU DIGUNAKAN DIATAS TONG GAS…SAYA KADANG-KADANG BERASA HAIRAN KENAPA MEREKA INI TERLALU “BIJAK” SEHINGGA SANGGUP MELETAKKAN SUATU YANG PANAS DIATAS TONG GAS.. ADAKAH MEREKA INI “FIRE PROOF”? BUKANKAH TINDAKAN MEREKA INI BAKAL MEROSAKKAN KEPALA SLINDER TONG GAS TERSEBUT. DAN APABILA ROSAK, KEBOCORAN GAS YANG KECIL YANG TIDAK DISEDARI BOLEH MENJADI PUNCA KEBAKARAN…

  14. Aan Atan's Gravatar Aan Atan
    24/01/2011    

    kasihan orang tu

    harga diri lgi murah dari harga tong gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting