Jalan Peel
Kuala Lumpur
27 Mei, 2012
9.15 pagi
Hampir 100 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 29 buah rumah ini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Api mula disedari penduduk kira-kira jam 9 pagi apabila mereka terlihat asap dari bahagian tengah kawaan perumahan setinggan ini.
5 jentera bomba bersama 25 anggota terbabit dalam operasi pemadaman.
Api dapat dikawal setengah jam kemudian dari merebak kepada kira-kira 15 buah rumah lagi.
Dan bagi seorang pengusaha ikan hiasan, keadaan mencemaskan ini memaksa dia bertungkus-lumus membawa keluar ikan-ikannya ke tempat selamat.
Kira-kira 300 ekor ikan dan udang pelbagai spesis berjaya di bawa keluar bersama sebuah silinder oxigen.
Kebakaran berlaku di bahagian bekalang ibupejabat St Johns Ambulance.
Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

















Assalamualaikum,
Takziah kepada semua mangsa. ramainya…entah bagaimana kehidupan mereka selepas ni
Mujur xde kemalangan Jiwa,
kedai terbakar xpa boleh claim insurans.