Reality in Real Life

4 Rumah Hangus – Kisah Duka dan Kesedihan

Perumahan Transit
Kg Sg Kertas, Selayang
‘Selangor’
7 Jun 2011
12 tghri

Saya menerima maklumat kes kebakaran ini kira-kira jam 12.15 tengahari dan tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Anggota bomba sedang memadamkan sisa-sisa kebakaran yang membabitkan 4 buah rumah panjang ini.

Mujur binaan rumah panjang ini, di bahagian tengah iaitu sebelah rumah ke 4, dibina dinding batu-bata yang dapat menghalang api dari merebak  ke keseluruhan blok F ini.

Di satu sudut blok lain, tangisan kanak-kanak ini benar-benar meruntun jiwa.

Dia hilang segala-galanya dan paling menduga hati dan perasaannya apabila semua peralatan sekolahnya turut hangus.

Ketika kejadian, Nazinatasha, 9 tahun sedang menonton TV, manakala adiknya Nazrul, 3 tahun sedang tidur, manakala neneknya sedang memasak.

Kedua-dua ibu bapa mereka keluar bekerja.

Jiran kebetulan ternampak asap dari rumah mereka yang terletak nombor 3 dari kiri – kebakaran sedang berlaku.

Api dipercayai berpunca dari litar pintas.

Keadaan menjadi kelam-kabut – dan ketika inilah jiran-jiran segera membantu menarik keluar adik beradik ini dan nenek mereka, Fatanah Halil, 70 tahun, serta seorang lagi abang  dan sepupu yang berada di dalam rumah.

Api marak dengan cepat, dan dengan bantuan jiran juga, semua penghuni di keempat-empat buah rumah berjaya keluar dengan selamat.

Beberapa barangan juga dapat diselamatkan mana yang sempat.

Manakala di rumah ke 5, di sebelah dinding batu-bata pula, bahang panas dirasakan dan keadaan menjadi tidak selamat.

Di dalamnya, sepasang suami isteri dan 3 anak mereka yang masih kecil tergamam.

Juga dengan bantuan jiran, mereka berjaya keluar.

Dalam keadaan kelam kabut itu, si isteri, mengutamakan suaminya yang sedang sakit – terlantar kerana lumpuh dan pendarahan otak .

Jiran-jiran yang membantu, segera mengusung suaminya, Sulaiman Latip , 40 tahun keluar dari bahang panas itu.

Sulaiman, 3 bulan lalu, adalah seorang suami dan bapa yang cergas dan kuat bekerja untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Namun, suatu hari , 3 bulan lalu, dia terjatuh ketika berada di sebuah restoran di Selayang, dan kesannya, dia mengalami pendarahan teruk pada otak.

3 bulan terlantar di hospital Sg Buloh dan kini dia sudah tidak berdaya lagi, malah hanya mampu terbaring di atas tilam.

Segala ikhtiar dilakukan untuk mengubatinya, namun  gagal dan akhirnya, semalam ( 6 Jun), dia dihantar pulang ke rumahnya kerana harapannya untuk meneruskan kehidupan telah tipis.

Isterinya terpaksa berhenti kerja sejak sebulan lalu semata-mata untuk menjaga suami tercinta dan menguruskan anak-anak yang masih kecil.

Sulaiman diusung ke sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian, dan keadaannya kelihatan stabil sepertimana sejak dia pulang ke rumah semalam.

Kerja-kerja memadam telah selesai dan siasatan sedang dilakukan, manakala ambulan JPAM  yang bersiap sedia sebarang kemungkinan juga, telah dalam perjalanan kembali ke bilik gerakan di Sentul.

Dalam saya berada di lokasi, saya dimaklumkan mengenai jiran-jiran yang membantu menyelamatkan Sulaiman, dan saya meminta mereka menunjukkan , di manakah dia berada sekarang.

Sebaik saya sampai di rumah ini, saya lihat keadaan cemas, dan isterinya pula kelihatan sebak.

Saya bertanya kepadanya, apakah yang berlaku sebenarnya.

Isterinya (nama sebenar akan saya cuba perolehi) memberitahu saya , dia perlukan ambulan, kerana suaminya tiba-tiba sudah kelihatan tanda-tanda sesak nafas dan tidak stabil.

Dia cemas, begitu juga orangramai.

Saya segera meminta bantuan dari bilik gerakan JPAM Sentul supaya meminta ambulan berpatah balik ke lokasi dan membawa Sulaiman ke hospital.

Saya sempat meminta isterinya bertenang, dan menguruskan segera anak-anaknya dan mengambil fail pesakit untuk dibawa bersama ke hospital.

Isterinya begitu sebak ketika saya meminta dia menerangkan secara ringkas sejarah sakit suaminya, malah dia merayu kepada saya supaya suaminya tidak dihantar ke Hospital Sg Buloh kerana jarak yang jauh dan dia tidak mempunyai wang dan kenderaan untuk berulang alik ke sana.

Saya menjelaskan, suaminya akan segera di hantar ke Hospital Selayang kerana sebelumnya juga, suaminya pernah dimasukkan ke situ sebelum diberi rawatan lanjut di Hospital Sg Buloh.

15 minit kemudian, ambulan JPAM sampai.

Keadaan Sulaiman sudah makin tidak bermaya dan saya meminta bantuan seorang jirannya menemankan isteri Sulaiman ke hospital.

5 minit kemudian, Sulaiman di bawa ke hospital bersama isterinya yang terus menangis sebaik masuk ke dalam ambulan.

Sebelum saya beredar dari lokasi, saya mencari 3 anak Sulaiman di rumah mereka yang hampir turut hangus itu.

Anak perempuan mereka , berusia kira-kira 6 tahun, sedang menangis di depan pintu, dan tercari-cari ibu mereka.

Saya memujuknya dan tidak sampai hati untuk melihat situasi itu, dan jiran-jiran turut memujuk 3 beradik itu yang membawa mereka ke rumah mereka.

Saya meninggalkan lokasi kebakaraqn itu dengan pelbagai perasaan, bercampur-baur…

(Nota – kira-kira jam 8 malam tadi, saya kebetulan bertemu Penerbit Rancangan Bersamamu di cafe dan menunjukkan foto-foto ini kepadanya. Insya-Allah , sesuatu akan dilakukan…)

KEPADA PEMBACA YANG BERHASRAT UNTUK MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN INI, ANDA BOLEHLAH DATANG TERUS KE LOKASI DI KG SUNGAI KERTAS, SELAYANG.

5 Comments

  1. Mohd Azuwan's Gravatar Mohd Azuwan
    10/06/2011    

    Nasib baik OKU tu & keluarganya slmt.Moga2 anak2nya dpt membantu mengubah nasib mak ayahnya bile besar nnt,insyaAllah.

  2. 08/06/2011    

    semoga Allah permudahkan segala urusan..

  3. MunerR_Hammer's Gravatar MunerR_Hammer
    08/06/2011    

    semoga semua mangsa yg terlibat bersabar atas dugaan dari Allah ni. sgt sebak sy membaca kisah kali ini. kpd silent reader, yg mana kita termampu, marilah kita hulurkan bantuan. paling tidak pun doakan kesejahteraan mereka sekeluarga, insyaallah pasti ada keberkatannya.

  4. 08/06/2011    

    Assalamualaikum,
    Sedihnya.
    Jomlah sama-sama kita tolong…

  5. 08/06/2011    

    kesian jugak tengok..
    budak-budak masih kecil tak dapat nak tenangkan hati sendiri..
    semoga Allah membalas kesabaran mereka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting