Jalan Teratai 6
Puchong Perdana,
Puchong, Selangor
3 Jul 2012
Apa yang berlaku ini, mungkin boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.
Telah banyak kejadian kebakaran berlaku apabila jeriji besi pada tingkap kediaman, akhirnya menjadi jeriji maut.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi ini, 5 penghuni sebuah rumah teres 2 tingkat, maut apabila terperangkap dalam satu kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka.
Semua mangsa adalah mereka yang tidur di tingkat atas, dan mayat salah seorang dari mereka ditemui di dalam bilik air.
Manakala 2 lagi rakan yang tidur di tingkat bawah, berjaya menyelamatkan diri walaupun mendapat kecederaan di kaki.
Api dipercayai bermula dari tingkat atas, dan asap tebal dan bahang panas mungkin menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.
Manakala penggunaan jeriji besi, berkemungkinan salah satu penyebab mangsa gagal menyelamatkan diri kerana terkunci dan tingkap walaupun dapat dipecahkan, tetapi mangsa tidak dapat keluar.
18 anggota bomba bersama 2 jentera Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dan Subang Jaya tiba di lokasi kira-kira 5 minit selepas mendapat panggilan.
Api dapat dikawal kira-kira 30 minit kemudian.
Dan ketika pemeriksaan dijalankan, 5 mangsa di tingkat atas disahkan telah meninggal dunia.
Mereka merupakan warga Bangladesh – 2 pekerja kilang, 2 pekerja mencuci kereta dan seorang pelajar kolej swasta.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Nota : Walaupun penggunaan jeriji besi adalah penting terutama bagi mengelakkan kejadian pecah rumah, tetapi penggunaannya tanpa menggunakan jeriji yang mempunyai ciri keselamatan kepada mereka yang di dalam rumah, ia boleh menjadi perangkap maut apabila berlaku kes sebegini.


















Innalillahhi wainnailaihi raajiunn…
Assalamualaikum,
Subhanallah…takut nak bayangkan situasi gitu…apapun, tahniah kepada bomba yang boleh sampai dlm masa 5 minit
pasang grill utk tak bagi orang pecah masuk…akhirnya menjadi penghalang untuk kita keluar ketika kecemasan….