Anggota Bomba dan DBKL Parah Melecur Ketika Latihan Kebakaran
Kuala Lumpur
21 Feb 2010
4 anggota bomba dan seorang anggota Skuad Penyelamat DBKL melecur teruk ketika mengadakan satu latihan kebakaran tengahmalam tadi (21 Feb 2010)
Semua mereka kini ditempatkan di dalam Unit Rawatan Kebakaran sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Seorang dari anggota bomba terbabit difahamkan melecur kira-kira 70 peratus dari anggota badannya dan dilaporkan dalam keadaan tenat manakala yang lain dalam pelbagai peringkat kecederaan.
Kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua pihak sedang mengadakan satu latihan kebakaran di sebuah bangunan tinggi yang telah ditinggalkan , di ibu negara tengahmalam tadi.
Sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak walaupun setelah 24 jam kejadian berlaku.
Difahamkan, siasatam dalaman mungkin dilakukan samada kejadian berpunca dari kecuaian ketika latihan tersebut diadakan.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



agaknya ini la sebab bomba x dpt nak tunggu lama dlm kes kereta jatuh sungai tu kut… kepala diorg tgh serabut.. terkejar2… mungkin kawan or related mereka yg involve dlm kejadian ni..
hopefuly x da yg serious.. tp 70% tu teruk sgt dah tu kalau betul…
Bro ,
Asyik2 cerita pasal Bomba je …hehehe
Blogger me, myself & mbek said…
agaknya ini la sebab bomba x dpt nak tunggu lama dlm kes kereta jatuh sungai tu kut… kepala diorg tgh serabut.. terkejar2… mungkin kawan or related mereka yg involve dlm kejadian ni..
hopefuly x da yg serious.. tp 70% tu teruk sgt dah tu kalau betul…
22 February, 2010 01:12
(Saya rasa ini bukan satu alasan bagi tidak menyelesaikan sesuatu tugasan , kita sebagai rakyat telah membayar sebahagian peruntukkan untuk mendapat perkhidmatan kecemasan yang terbaik, bukan sentiasa baik tapi cuba yang terbaik, Balai Bomba banyak di wujudkan di sekitar kuala lumpur jadi saya rasa Pihak Jabatan Bomba ada sistem pengurusan bencana yang agak baik , jika 1 atau 3 Balai terlibat dalam sesuatu operasi banyak lagi balai sokongan yang boleh bantu , berkenaan tentang emosi semasa tugasan cth: (kepala diorg tgh serabut.. terkejar2… mungkin kawan or related mereka yg involve dlm kejadian ni..) kalau ini benar berlaku rakyat berhadapan masaalah ketidakprofesionalan pegawai dan anggota Bomba menanggani sesuatu emosi dan situasi perkara ini amat serius dan perlu di beri perhatian oleh pihak pengurusan Jabatan Bomba Malaysia tq
kalau bomba sebagai petugas hadapan yang paling terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi masalah sedemikian boleh tersilap , pasti ada sesuatu yang tidak kena. Dari segi pengalaman .. tidak boleh dipertikaikan lagik
Sebagai rakyat , kita mengharapkan yang terbaik dari mereka …