Jalan Salleh
Kg Bharu, Kuala Lumpur
8 Ogos 2012
6.30 petang
Pada mulanya, api yang membakar timbunan sampah, kayu dan daun-daun kering ini hanya kecil.
Siapa yang membakar dan mengapa ianya dibakar, tidaklah diketahui.
Entah bagaimanapun, api mula marak dan semakin kebakaran semakin besar.

Segala-galanya berlaku dengan pantas menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut.
Orangramai cuba memadamkan kebakaran, namun gagal.
Di atas pula, kira-kira 20 meter, adalah laluan susur turun lebuhraya AKLEH.
Lebih membimbangkan, api mula membakar bahagian tepi sebuah stor.
Cubaan menggunakan berbaldi air, pasir dan semburan air paip juga gagal.
Asap tebal jelas kelihatan sejauh kira-kira 3 kilometer, malah mengganggu perjalanan kenderaan di atas lebuhraya.

8 minit kemudian, sebuah jentera bomba sampai di lokasi dan berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh kira-kira 5 minit.

Api, semasa kecil menjadi kawan, tetapi apabila telah besar, menjadi lawan.

Pepatah itu kekal digunakan dari dahulu sehinggalah sekarang…


















Assalamualaikum,
Siapalah yang pergi bakar tiang lebuhraya tu hu hu hu…
Tak pasal2 ahli bomba yg jd mangsa,sedangkan waktu berbuka puasa dah dekat tu…kadang2 manusia yg buat kerja sebegini tak pakai otak,disebabkan dia,org lain yg jd mangsanya…agak2 lah kalau nak bakar sampah ataupun pantau api tu dari mula.
Boleh rosak struktur konkrit tiang tu terutama rasuk prategasan jambatan tu, kalau direct fire
pandai… pandai sungguh orang yang bakar tiang lebuhraya tu
Mai la datang Pulau Indah / Kg. Delek ke, pastinya ada sahaja pembakaran terbuka setiap hari, pagi, tengahari dan tentunya yang paling banyak di waktu petang…
elok utk menghalau nyamuk aedes 2…klau pembakaran waktu petang…zaman dlu xbising pn bakar sampah ptg2…
Indon yg bakar tu..
betul! betul! betul! kat kaw rumah sy pun sama. indon sesuka hati jer bakar sampah… habis satu rumah bau asap die dgn kain baju kat ampaian suma bau asap… huh!!!
Sempat pula penulis mengikuti rentetan dari kecil hingga bomba sampai ye. Mmg inilah kelebihan penulis.
sampah masyarakat sapa yang bakaq sampah tu…..
dekat umah aku nih….