Bahan Kimia Misteri -Letupan Dalam Lori Sampah
Jalan Pipih
Off Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
8 Oktober 2009
Bukan kali pertama, tapi kali keempat kakitangan Alam Flora terancam nyawa mereka ketika menjalankan tugas.
Semuanya gara-gara pihak tidak bertanggungjawab membuang sejenis bahan kimia mudah terbakar dan mudah meletup bertujuan mengambil jalan mudah untuk melupuskannya.
Kejadian terbaru, muatan dalam sebuah lori sampah, meletup ketika kerja-kerja pemampatan sampah dilakukan.
Dalam kejadian jam 8 pagi tadi, sekumpulan pekerja Alam Flora melakukan kerja mengutip sampah di dua buah tong sampah di Jalan Pipih Off Jalan Ipoh ibunegara.
Setelah sampah dituang ke dalam lori, sampah-sampah itu perlu dimampatkan, dan ketika itulah satu letupan kuat berlaku di dalam lori sampah terbabit.
Pekerja sempat melarikan diri ketika api membakar di dalam lori sampah terbabit.
Muatan kemudian terpaksa dikeluarkan dan akhirnya ditemui satu bekas tin mencurigakan yang mengeluarkan api dan asap serta bau/gas yang menyebabkan mereka sesak nafas.
Walaupun disiram air dan menggunakan alat pemadam api, tin terbabit yang telah pecah dan kemek, tetap mengeluarkan api dan asap.
Anggota bomba dan Hazmat yang tiba kemudian mengesahkan, ia merupakan bahan kimia yang mudah terbakar dan boleh meletup.
Pada tin terbabit, tertulis perkataan – Lithium Hidrad.
Jabatan Alam Sekitar turut dipanggil dan siasatan kemudian dilakukan berpandukan kes terdahulu.
Dari maklumat, 3 kes terdahulu pernah berlaku dan yang terbaru kira-kira sebulan lalu apabila sebuah lori sampah Alam Flora hangus terbakar apabila muatannya tiba-tiba meletup, sekitar Taman Kaya, Jalan Ipoh, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
Maklumat juga diperolehi apabila 2 kejadian sebelum itu juga membabitkan letupan setelah pekerja Alam Flora mengutip sampah di sebuah rumah kediaman di Taman Kaya.
Letupan dipercayai berlaku dari tindakbalas kimia bahan terbabit yang dipercayai dibuang dari premis sama dan tanpa disedari , turut dikutip oleh pekerja Alam Flora.
Persoalan yang timbul sekarang, adakah mesti berlaku kemalangan jiwa ,maka baru pihak berkuasa atau polis untuk bertindak kerana difahamkan, dari kesemua kes sebelum ini, tiada sebarang respon dari pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut.
Premis yang membuang bahan terbabit dipercayai telahpun dikenalpasti, dan siasatan dengan kuasa terhad hanya dilakukan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kualiti Alam.
Apa dibimbangkan, dari mata kasar, bahan ini mana tahu, mungkin sebahagian dari bahan untuk membuat BAHAN LETUPAN?…
Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.



giler la.. tak bertanggungjawab betul premis tu.
siapa la nak buat naya kat orang alam flora nih ..
hani3- menurut maklumat, premis tu ialah rumah kediaman.mungkin ada aktiviti tak betul dlm rumah tu. nanti saya cuba follow up balik kes ini
lol- mereka yg tamak, baghal dan tak berperikemanusiaan…aku sendiri tak faham, mengapa pihak tertentu langsung tidak kategorikan kes sebegini sebagai salah satu benda yg mampu mengancam keselamatan negara…
Bai…lithium tu bai…kalau terdedah ngan air jer memang meletup..LiH + H2O ?? LiOH + H2…dia meletup pasal ada hidrogen kalau bercampur ngan oksigen kat udara tambahan lagi kalahu ada haba yg mmg kat Malaysia nie cuacanya selalu panas…
anon- tq atas info itu, walaupun ada belajar masa sekolah dulu, tapi dah tak ingat lagi…!!1
anyway, dlm kes ini, bahan yg ditemui tdk semstinya lithium sebenarnya, cuma ada perkataan itu ditemui tertulis pada luar tin. tapi dari tindakbalas yg beralu, dipercayai ia memang lithium