Gudang Cosway Musnah -Kerugian Berjuta-juta Ringgit
Jalan Subang 4
Taman Perindustrian Subang
Selangor
12 Jan 09
Taman Perindustrian Subang
Selangor
12 Jan 09
Satu kebakaran yang berlaku awal pagi tadi memusnahkan sebuah gudang yang menyimpan pelbagai produk keluaran sebuah syarikat jualan langsung ternama, Cosway.
Kejadian berlaku di gudang yang terletak di jalan Suabng 4, taman Perindustrian Subang, Subang Jaya. 
Dan ia merupakan kebakaran terbesar di Selangor tahun ini yang baru memasuki 12 hari tahun 2009
Bomba menerima panggilan kecemasan jam 5-44 pagi dan tiba beberapa minit kemudian.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba Abdul Razak Muda, 58 anggota dan pegawai terbabit dalam operasi pemadaman.
Lapan jentera terlibat termasuk dari Subang Jaya, Shah Alam, Seksyen 7 Petaling Jaya dan Damansara.
Api marak dengan cepat kerana gudang ini menyimpan bahan mudah terbakar yang akhirnya memusnahkan keseluruhan bangunan gudang dan menyebabkan struktur bumbung bangunan runtuh keseluruhannya.
Api dapat di kawal dari merebak jam 7-09 pagi dari turut memusnahkan bangunan pejabat yang terletak bersebelahan.
Bagaimanapun, hampir separuh bahagian dalam bangunan pejabat musnah.
Gudang ini turut menyimpan lampin bayi pakai buang. Sebahagian darinya turut musnah.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Jumlah kerugian dianggarkan melebihi lima juta ringgit.
Laluan kedua-dua hala Jalan Subang 4 berhampiran bangunan gudang turut ditutup kepada semua lalulintas bagi memudahkan operasi pemadaman dan atas faktor keselamatan pengguna jalanraya.
Api dapat dipadamkan sepenuhnya menjelang tengahari.
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.



org kata kebakaran yang melibatkan syarikat2 besar ni kadang kala disengajakan dengan tujuan untuk menuntut insurans..
agak2nya betul ke bang?
betul ke terbakar..
kilang aku wat brg cosway
x dgr pape pun lg..
tuan jawa – memang selalu kedengaran cerita2 macam tu, tapi tidak dapat dibuktikan jika setakat dengar cakap.
Sebenarnya bukan mudah untuk pihak adjuster atau insuran untuk membayar nilai yang hangus itu, kerana siasatan mendalam mesti dilakukan.
Jika ada unsur seperti itu, syarikat insuran pula mendakwa syarikat membuat tuntutan palsu. Bukan senang bro, insuran nak keluarkan juta2 bayar kepada pemegang polisi.
anon – bro, foto yg saya sertakan tu adalah foto kebakaran, dan saya berada di sana dan sebenarnya, apa detail yg saya letakkan di sini, cuma 10 peratus sahaja.
Untuk makluman bro yg terlibat secara langsung dgn cosway kerana katanya bekerja di kilangnya, tentu dan saya yakin anda tahu lokasi ini dan di sini boleh dikatakan perkampungan Cosway kerana beberapa bangunan lagi di lot2 berasingan adalah milik syarikat terbabit yang menempatkan pelbagai gudangnya.
jadi, jika anda sampai sekarang masih tdk mengetahui mengenainya, maka itulah gunanya anda memasuki blog ini, dan saya ucapkan terimakasih.
maaf, kerana ini bukan blog politik, saya tidak akan melaporkan cerita, berita yg hanya dengar cakap, dari mulut ke mulut tanpa ada kesahihannya.
Foto ada, saya izinkan saudara printkan, pergi ke alamat tempat kejadian, bandingkan foto ini dengan situasi sebenarnya.
Mungkin kilang tempat saudara bekerja membuat produk lain yg gudangnya mungkin di negeri atau lokasi lain, dan yg terbakar ini mungkin produknya tiada kena mengena langsung dengan kilang anda bekerja, jadi mungkin takde sebab untuk sesiapa memberitahu anda, melainkan setelah anda terbaca blog cikai ini.
terimaksih melawat blog ini.