Pandan Jaya
Ampang , Selangor
31 Jan 2011
1 petang
untuk foto-foto masa kejadian, klik sini
Samada anda mahu percaya atau tidak, tetapi, banyak kejadian kebetulan sebegini berlaku.
Jangan bagi kereta merajuk, nanti dia buat hal – itu yang selalu saya dengar dan pernah berlaku pada saya juga.
Ramai bercerita, sebaik sahaja mereka berhajat atau mahu menukar kenderaan lain, atau baru sahaja bercerita di dalam kereta, tentu ada sahaja yang bakal berlaku ke atas kereta yang dipandu itu.
Enjin buat hal, tayar pecah, ’major break-down’, bateri ‘kong’, ‘instrumen rosak’, dan macam-macam lagi berlaku!
Untuk membuktikannya samada ianya berlaku pada anda, anda dinasihatkan melakukan perkara yang sama dan cuba lihat hasilnya…!!!
“Saya ronda-ronda je bang, pegi kedai motor besar. Minat juga nak beli motor besar… Hari ni tak kerja…”
Itu antara perbualan saya dengan Muhammad Adib Mohamad Ramly, 25 tahun, pemandu kereta Perodua Kancil ini.
Hari ini, Muhammad Adib ‘off-day – bekerja di sebuah restoran di Jalan Pudu.
Meluangkan masa lapangnya, dia memandu kereta ini berseorangan dan sempat singgah di sebuah bilik pameran motosikal.
Kemudian dia memandu lagi sehinggalah ke Jalan Pandan Jaya ini berhampiran Taman Maluri, Cheras.
Entah bagaimanapun, tiba-tiba terlihat asap keluar dari celah ‘dashboard’ dan bahagian bawah stereng keretanya.
Muhammad Adib segera memberhentikan keretanya di pinggir jalan dan cuba membuka bonet hadapan di bahagian enjin.
Asap makin tebal, dan dia segera berlari pula ke bonet kereta untuk mengambil apa-apa peralatan yang boleh membantunya.
Malang sekali, api tiba-tiba terus marak membakar bahagian enjin kereta dan merebak ke seluruh bahagian kereta.
Dua letupan berlaku.
Dalam kelam-kabut, Muhammad Adib sempat menelefon talian 999, namun berbagai soalan dikemukakan kerana operator juga tidak berapa tahu tempat yang disebutkannya walaupun perkataan Pandan Jaya disebutkan Muhammad Adib.
Talian kemudiannya terus senyap apabila operator berkata untuk menyambungkannya ke balai bomba- dan Adib terpaksa memutuskan panggilan kerana menunggu terlalu lama.
Jentera bomba tiba juga di lokasi akhirnya, mungkin ada pihak lain yang menelefon.
2 Anggota peronda dari Balai Trafik Ampang yang kebetulan melalui jalan ini, berjaya mengawal lalu-lintas dan terpaksa menutup laluan ini kira-kira 15 minit ketika api sedang marak.
Akhirnya , kereta Perodua Kancil ini hangus sama-sekali
Adib hanya sempat menyelamatkan ‘tray’ ini yang mengandungi beberapa CD lagu.
Kereta ini menggunakan petrol RON 95, namun kejadian dipercayai berlaku tiada kaitan dengan minyak petrol – lebih kepada dipercayai akibat litar pintas.
” Itulah kau, lain kali jangan nak pandai-pandai sebut nak beli motor ke, kereta lain ke, kan kereta ni dah merajuk…!”
” Itu la bang, kereta ni merajuk ni…!”
Dan paling penting, Adib sempat menyelamatkan dirinya…
Di dalam kes begini, pihak bomba akan melakukan siasatan, dan mengambil foto-foto kenderaan terlibat. Laporan siasatan dari pihak bomba itu diperlukan oleh pihak insuran untuk urusan gantirugi.














memang betul tu statement tu hhuhu alhamdulillah bro adib tu x cedera
thanks bro
minyak naek kot..dia merajuk..wakakkaak
Salam.
Saya pernah guna Kancil model baru macam ni, model ex660,manual. Kereta saya mempunyai masalah pendawaian juga. Kerap dengar bunyi radio (sayup-sayup/perlahan) walau dah tutup. Bila di periksa, katanya masalah tersebut berkait hingga ke enjin. Oleh kerana bawah waranty, Perodua tukar seketul enjin keta saya tu…Sampai sekarang sihat waalfiat keta tu.
P/s: Kesian kat owner Kancil tu…
perghhh..cm la muvi lak..seb bek hero nye slmt..huhu
bella, aku tau ko sapa…haha
neway…nasib baik adib sempat perasan asap dan kuar awal2..takut letup je..
naratif citer ni sgt menarik…dpt rasakan situasi sebenar yg berlaku..
aku pun tau ko sapa izzy….haha…
tapi mmg betul, kalau kita sebut je nak beli kereta atau motor lain pastu nak trade in kenderaan kita tu mesti dia buat hal , aku dah penah kena.Tapi bukan setakat kenderaan je , kalau peralatan rumah pun sama gak.
adehh.. kesian owner kancil tu.. ape pon alhamdulillah.. owner dia selamat.. aku pon penah gak cadang nk tukar kereta baru.. tup tup enjin blow… hahaa.. terus tukar enjin.. sampai skrg x sebut lagi da nk beli kereta baru ke ape.. guna jela wira syg aku nih..
Kereta aku pun pernah jugak merajuk bila aku cakap aku nak tukar kereta proton saga aku dengan BMW. Alih-alih dia meragam bawah terowong Jalan Tun Razak depan RHB Bank. Akibatnya, hari itu juga aku pergi kat used car, angkat BMW 5 series.. hehe. Merajuk lagi… padan muka aku!
Aku dulu pakai BMW 5 Series, cadang nak tukar Mercedes W140 atau Porsche Cayyene, tapi entah macamana eksiden dengan keta Honda – terus kami terbakar!
Akhirnya aku terpaksa pakai Toyots Camry….Sedey nya hatiku…hu hu..
Jadi orang miskin la pulak….
Bersabarlah.. semua ni dugaan Allah tak ada sebab dengan kereta merajuk..
mungkin ia satu kebetulan…
sekadar pendapat seposen saya…
bukan merajuk ni bro, kete ni bunuh diri ni.
Salam,
Moga2 hasrat sedara kita tu nak tukar kereta akan tercapai walaupun memang akan ambil masa kalau nak guna duit insuran.
SabaQ ya Dib!
[...] foto yang sempat dirakamkan oleh pemandu Perodua Kancil, Muhammad Adib Mohamad Ramly. dalam entry di bawah. innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_zone = "14744"; innity_width = "*"; [...]
a’kum…
mcm mane nk tgk pic kete terbako ni…
ni tgk moto nyer pasal abih kete merajuk hehehehhe
Sabarlah Adib yer…
Lagi satu, kalau ada orang offer nak beli kereta atau motorsikal (atau helikopter) kita, jual sajalah kalau kena dengan harganya… Dah pernah tengok kawan-kawan yang kena perkara macam ni bila menolak permintaan dari bakal pembeli tu.
Apa pun itu semua mungkin kebetulan saja…
Wallahualam…
salam. macam betul je cite ni, tahun lepas masa nk trade-in volvo lama dgn persona pn, sampai je kat EON A.Setar volvo tu terus mematikan diri buat selamanya kat tgh jalan masuk, langsung xleh start dah walau pomen2 situ buat mcm2. Nasib baik semua surat dah settle dan loan dah lulus, nasib lah korg EON.. hehehe, katanya sampai berminggu2 tetap xleh start dan terpaksa towing utk nak lori..
telefon pun sama…ada niat jer nak beli baru mulalar wat hal…hb sy pantang tul kutuk2 kete yg sedang dipandu oleh kiter…penah skali, kena camtu tetiba jer alarm bunyik tak henti2…
Ape ke jadahnye….
Selalu sangat kereta terbakar sejak akhir2 nie….
Bukan sebab eksiden pun boleh terbakar!
Sebab jenis minyak ke apa ke?
Susah nak dijawab.
Harap ada pihak yang dapat berikan jawaban pasti….
Jangan ingat kereta tak pandai merajuk, diorang macam kita juga ada perasaan.
Dulu penah terjadi dalam tahun 2005 aku cadang nak tukar keta Iswara aku yang sekarang pakai ni.
Entah amcamana tiba2 je dia meragam – sampai pomen Proton pun tak tahu nak buat apa dah – enjin susah nak start. Last2 dapat juga repair – itupun dah berminggu2 kat kedai Proton Servis dan habis dekat RM500 duit aku. Langsung tak jadi ambik keta baru sebab sayang pulak – sekarang keta dah okay, tak meragam lagi sampai sekarang. Serik rasanya nak pasang angan2 tukar keta baru…..Tobat dah!
Macam betul.. Dulu nak trade in Kelisa pun sama.. Tiba2 terselit kat celah pokok tak boleh keluar.. Habis bersayat badan Kenari tu.. Jual jugakk.. tapi harga drop le…
Kalau kita cerita nak tukar kereta lain dalam kereta yang bukan buat hal bole jadi macam ni ke? Sebabnya, kitorang cuma sembang2 kosong kat dalam kereta lain.. Tup2, Kancil yang diguna pegi balik kerja pulak yang merajuk.. Meletup piston dia.. Err.. Kereta ni ada networking ke???