Kanak-kanak Maut Terbakar- Asrama Terbakar
Jalan Felcra
Batu 14
Hulu Langat
25 Jul 2010
2 pg
Saya mendapat panggilan mengenai kejadian ini kira-kira jam 2-30 pagi. Bagaimanapun, akibat keletihan sehari suntuk dengan pelbagai tugasan semalam, menyebabkan telefon bimbit yang berbunyi banyak kali, tidak kedengaran…
Akhirnya, jam 6 pagi tadi, baru saya baca sms sms mengenai kes ini, menyebabkan saya ke lokasi.
Seorang kanak-kanak maut dalam kebakaran ini.
———————————————————————————————-
Ubat nyamuk dipercayai punca menyebabkan kebakaran sebuah rumah banglo yang menjadi tempat penginapan 20 pelajar sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran awal pagi tadi.
Abdul Rahman Rosmadi, 7 tahun, gagal menyelamatkan diri setelah terperangkap di dalam bilik tidurnya.
Pusat Pengajian Hayatul Uloom ini menempatkan 20 pelajar berusia 7 hingga 18 tahun – sebuah pusat tahfiz Al Quran dan pengajian agama Islam.
Banglo ini dijadikan sebagai asrama dan bilik kuliah.
Kebakaran dipercayai bermula kira-kira jam 1-30 pagi, dan penghuni cuba memadamkannya, namun gagal.
Akhirnya, api merebak membakar keseluruhan bangunan ini, kecuali bahagian pentadbiran.
2 jentera bomba dari Pandan Indah dan Kajang menerima panggilan 2-07 pagi tiba bersama 14 anggota- namun kebakaran telah membakar hampir semuanya.
Pemeriksaan lanjut kemudian menemui mayat Abdul Rahman di dalam sebuah bilik.
Menurut Mudir pusat pengajian ini, Dr Shahrir Hussin, pihaknya menyerahkan kepada polis dan bomba melakukan siasatan lanjut.
Bagaimanapun menurutnya, bangunannya mempunyai kelulusan dari pihak bomba.
Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.










Al-Fatihah. Sedihnya.
sedih…..maybe berlaku litar pintas….asrama selalu byk pakai extension cord…huhu
Mungkin Pasal Lintar Pintas Kot…
Yassin Senario Kantoi Dadah Lagi…!!!
AlFatihah buat mangsa, dan salam takziah buat keluarga mangsa.
sekarang semua org patut bertukar kepada cara hidup/ tidur berkelambu. banyak kemalangan nyawa dan harta benda musnah akibat kebakaran daripada ubat nyamuk (kalau benar ubat nyamuk pemula kebakaran).