Jalan Usahawan
Setapak, Kuala Lumpur
6 Jun, 2012
6.30 pagi
Kebakaran ini bukan sedikit kesannya, kerana ia membabitkan ramai pelanggan.
Ia merupakan sebuah kawasan stor yang menempatkan kira-kira 40 buah kenderaan pelanggan untuk dibaiki.
Namun, pagi ini, malang menimpa apabila kawasan ini terbakar, menyebabkan kira-kira 25 buah kenderaan pelbagai jenis, hangus sama-sekali.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 10 pekerja sedang tidur di dalam tiga buah unit rumah pekerja di bahagian tengah kawasan ini.
Api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah, dan merebak dengan cebak ke arah kenderaan yang di letakkan di sekeliling kawasan ini.
Anggota bomba yang tiba kira-kira 5 minit selepas mendapat panggilan, berjaya mengawal api kira-kira setengah jam kemudian.
Kira-kira 25 buah kereta hangus samasekali, dan kira-kira 15 buah kereta lagi berjaya diselamatkan.
Kenderaan ini disimpan di kawasan ini sebelum dibaiki di bengkel syarikat setelah mendapat kelulusan pihak insuran.
Kerugian dianggarkan kira-kira RM1 juta.












Assalamualaikum,
Subhanallah.
Ada insuran tak ni? kesian pemilik kenderaan, dah lah terlibat dalam kemalangan, tetiba pulak rentung terbakar.
saya kira ini ditanggung oleh insuran bengkel tersebut ….
tapi proses yang amatlah panjang rasanya ….