Kebakaran Rumah dan Kedai

Jalan AU2A/17
Taman Sri Keramat
Kuala Lumpur
14 Jul 2010

2-30 petang

Kebakaran ini tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Baaimanapun, sebuah rumah, sebuah kedai gunting, sebuah kedai runcit, sebuah pusat kecantikan dan sebahagian sebuah restoran musnah.

Turut musnah, sebuah pejabat pesuruhjaya sumpah.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 2-30 petang tadi.
Ketika kejadian, ramai pelanggan sedang menikmati makan tengahari di sebuah restoran.
Jeritan dan kepulan asap yang tiba-tiba keluar menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut.

Dua beradik yang berada di dalam rumah yang terletak di tingkat atas, sempat berlari turun menyelamatkan diri dan menjerit meminta tolong.

Saya kebetulan sedang memandu di Jalan Keramat dan terlihat asap tebal kira-kira dua kilometer di hadapan.

Ketika sampai, anggota bomba baru sampai dan segera memulakan operasi memadamkan kebakaran.

4 jentera bomba bersama kira-kira 30 anggota terbabit dalam operasi pemadaman.

Tidak kurang orang ramai yang cuba membantu anggota bomba dan juga membantu mengeluarkan barangan dari dalam kedai.

Api yang marak dengan cepat dan bahang panas menyebabkan usaha menyelamatkan banyak barangan tidak dapat dilakukan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

You must be logged in to post a comment.