Jalan Genting Klang
Setapak, Kuala Lumpur
6 Sept 2012
6 petang
Kebakaran ini menyebabkan sebahagian laluan di ibunegara lumpuh sama-sekali.
Berlaku di laluan antara yang paling sibuk di Kuala Lumpur, laluan kedua-dua hala ditutup kepada semua lalulintas.
Bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.49 petang dan jentera pertama tiba di lokasi 5 minit kemudian.
Keseluruhannya, 12 jentera dari 10 balai Bomba dan Penyelamat sekitar Kuala Lumpur bersama kira-kira 80 anggota terbabit dalam operasi pemadaman.
Api bermula dari sebuah kedai menjual alat-ganti kenderaan.
Ia kemudian merebak ke bahagian kiri dan kanan premis yang telah wujud sejak kira-kira 40 tahun ini.
Deretan kedai ini mempunyai 10 buah kedai 2 tingkat.
Asap tebal yang terperangkap kemudian memasuki bahagian siling dan bumbung bangunan.
Api dapat dikawal kira-kira sejam kemudian.
Tiada kemalangan jiwa berlaku.
Kepada sebahagian pengguna jalanraya di Kuala Lumpur, ada yang terperangkap lebih 2 jam apabila laluan dari Bulatan Pahang ditutup.
















Patutlah jalan sekitar Chow Kit, Jalan Pahang sesak teruk.
Saya terpaksa menggunakan Jalan Semarak dan memasuki Lebuhraya Duke untuk ke Jalan Duta. Asap hitam dapat dilihat dengan jelas di Lebuhraya Duke.
Assalamualaikum,
Sesak lagi…kesian betul pengguna jalan raya 2-3 hari ni,
Harap2nya, tidak libatkan kehilangan nyawa.
saya lalu di situ beberapa minit sebelum jam 6.. kelihatan 1 jentera bomba sudah tiba dan 2 baru sahaja nak tiba.. mujur belum sesak jalan lagi tika tu
pasukan beruniform yg selalu mendapat perhatian adalah polis dan tentera, tp bomba jarang kita baca kisah2 mereka di akhbar2, tapi merekalah juga antara pasukan yg telah byk berjasa pada negara kita
Fuhh… Ini lah jalan paling sibuk dan sempit bagi saya sepanjang 30 tahun hidup saya. Fuhh…
kita sebagai rakyat malaysia perlukan banyak bersabar sekiranye berlaku kesesakan yang amat teruk…tapi bila jalan jem je terasa nak buang air besar lar,nak buang air kecil lar…tu yang saya xsuka jalan sesak….hehehehe
[...] kesesakan teruk petang ini, dan hampir sama seperti kejadian yang berlaku pada 6 Sept lalu – Kebakaran Rumah Kedai. innity_pub = "eb86d510361fc23b59f18c1bc9802cc6"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = [...]