KM 8, Kg Sungai Mulia,
Jalan Gombak, Kuala Lumpur
18 Januari 2013
12.30 tengahari
Pada jarak kira-kira 10 kilometer saya telah terlihat asap tebal ketika kebakaran baru beberapa minit berlaku.
Saya segera menuju ke punca asap tersebut dan hanya tiba kira-kira setengah jam kemudian kerana kesesakan agak teruk di bandaraya.
Kebakaran membabitkan 6 buah rumah yang turut diubahsuai menjadi bilik-bilik (pintu) untuk disewa.
Kedudukannya terletak bersebelahan dengan Masjid Zaid bin Haritsah.
Dalam kejadian ini, mengikut salah seorang mangsa, berlaku dipercayai akibat kebocoran gas ketika jirannya sedang memasak dan api terus merebak dengan cepat.
Dianggarkan kira-kira 36 buah bilik musnah sama-sekali yang menempatkan kira-kira 0 mangsa.
Kebanyakan mangsa keluar bekerja menyebabkan hampir semuanya tinggal sehelai sepinggang.
Bomba menerima panggilan kecemasan jam 12.27 tengahari dan jentera pertama tiba kira-kira 8 minit kemudian.
Sejumlah 8 jentera bomba dari beberapa balai berhampiran seperti Balai Bomba dan penyelamat Gombak Selatan, Jinjang, Chow Kit, Sentul, Hang Tuah dan Selayang bersama kira-kira 50 anggota terbabit dalam operasi pemadaman.
Kepantasan anggota bomba bertindak dan tiada mengalami masalah tekanan air, berjaya menyelamatkan puluhan kediaman lagi termasuk deretan kedai yang terletak di bahagian hadapan.
Bagaimanapun bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran.

















Assalam, al sebab ada almunasabah..walaupun pahit pedih.ada kunfsyakun