Kebakaran Tapak Membuang Sampah Haram
By ondscene on August 14th, 2009
Kg Sg Kertas
Gombak, Selangor
14 Ogos, 2009
Samada kebakaran ini memang disengajakan atau hasil tindakbalas kimia bahan-bahan buangan ini, tidaklah diketahui.
Namun, kebakaran ini menimbulkan banyak persoalan yang sepatutnya dijawab oleh banyak pihak.
Status tanah ini adalah milik persendirian.

Namun ia bukan lesen untuk menjadikan ia sebagai tapak pembuangan/ pelupusan sampah yang begitu menjijikkan sekali, sekaligus mampu menyebabkan wabak penyakit.

Saya ke tapak pelupusan ini setelah mendapat maklumat dan pemantauan beberapa hari lalu akan asap tebal yang kelihatan dari jauh dari sini.

Kedatangan di sini disambut ‘seorang’ wanita yang memegang bakul yang sebenarnya mungkin anda boleh jumpa dia di pusat membeli-belah yang diletakkan di hadapan farmasi (tak silap saya…).

Malang sungguh, akhirnya dia terpaksa ‘bekerja’ di tapak sampah haram ini…

Ketika sampai, sebuah jentera bomba dan anggota dari Balai Selayang berada di lokasi serta sebuah van dari Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang.
Malangnya, tiada apa yang dapat dilakukan oleh anggota bomba, hanya sekadar memantau bersama penguatkuasa MPS.

Langsung tiada pili bomba, apa tah lagi di kawasan ini, malah juga di sebuah kilang simen yang terletak bersebelahan, dan juga di tepi jalan.
Nun di bawah, sayup adalah kawasan ternakan lembu.
Difahamkan, asalnya tapak pelupusan sampah ini sama paras dengan ladang lembu di bawah, tetapi akibat aktiviti yang telah sekian lama, maka ia semakin tinggi apabila sampah ditambakkan di sini menjadikan kawasan ini kini kira-kira 30 meter tinggi.

Api yang membakar sampah di dalam tanah mengeluarkan asap dan bau yang amat meloyakan dan sekaligus pakaian anda juga turut berbau busuk.

Beberapa buah lori yang sarat dengan muatan bahan buangan industri dan perabut cuba memasuki kawasan ini.
Saya sempat bertanya seorang pemandu lori yang mengakui membuang sampah di sini atas arahan majikan dan membayar antara Rm10 dan RM20 untuk sekali buang.

Sekali lagi, apalah yang dapat penguatkuasa MPS lakukan, kerana ia kawasan persendirian melainkan hanya memantau dan menghalang lori dari masuk.
Sedangkan, sepatutnya kawasan ini wajib dipagarkan oleh pemilik dan bukan menjadi tanggungjawab MPS membazirkan anggotanya ‘menjaga’ tanah bukan milik kerajaan.

Atau, tanah ini sepatutnya dirampas…
Apa yang pasti, kawasan ini sebenarnya menjadi tapak pelupusan sampah haram yang terancang kerana mustahil kawasan ini dapat ditambak dengan sendirinya tanpa bantuan jentera berat.

Dan mungkin boleh memburukkan lagi keadaan apabila kebakaran berlaku hanya beberapa meter di bawah talian voltan tinggi TNB yang berkemungkinan boleh menjejaskan bekalan elektrik jika talian itu turut terbakar.
Post Lain Yang Berkaitan
6 Comments
wah..akak guardian pon ade..!
penat dia pegang bakul tu…
gile takut kalau nampak tengah2 malam .hahaha
Kalau rajin, suma sampah bisa jadik duit….
Dulu2, zaman saya susah (kena tahan comfirmation), biasa pergi tempat ni carik barang2 yang boleh guna…pastu sumbat dalam bonet keta dan jual kat kitar semula…..
MAkcik kawan kat Muar panggil tempt ni BS (Buang Sampah) dan dia dapat macam2 barang yang masih elok dan boleh dipakai….
Dari jam, radio, RC Car sampai pakaian………..
Pernah dengar cerita orang jumpa pistol kat sana…..bukan pistol yang dibuat dari keledek, tap pistol betul…………
lol-mulanya, dari jauh aku ingat makcik @ akak mana yang pegang bakul tu…
b etul kalu mlm2, memang terkejut guardian jadiknya…
det.james- betul, sebenarnya, kat tempat ramai yg jadik kaya raya kerananya…
mungkin yg banyak terbakar atau di bakar kat sini kertas.. sebab tu lah namanya Kpg Sg kKrtas, mungkin dulu tempat ni takde nama lagi…