Keberanian Kakak Menyelamatkan 2 Adik Dari Turut Terbakar

Jalan Melati 8
Taman Melati
Kuala Lumpur
1 Ogos 2010
3-30 petang

Keberaniannya wajar dikagumi dan dipuji.

Ketika api sedang marak membakar sebahagian rumahnya, Nurdhaniyah Shamsu Shamsuri, 17 tahun, nekad menyelamatkan dua adiknya.
Dan mujur, hari ini dia kebetulan tidak mengunci jeriji pintu hadapan rumahnya seperti kebiasaan sebelumnya.

Ini membolehkan dia bertindak pantas menarik keluar kedua-dua adiknya itu.

Tetapi, bagi gadis ini, dia tetap meratapnya walaupun berjaya menyelamatkan nyawanya sendiri dan kedua-dua adik kesayangannya.

Adiknya, Mohd Fitri 12 tahun dan Mohd Farid 5 tahun.

Hanya beberapa bulan sahaja lagi dia akan menghadapi peperiksaan SPM – tetapi kini semunya telah hangus terbakar.

Begitu juga adiknya, Mohd Fitri ,  akan menghadapi UPSR tidak lama lagi.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 3-10 petang tadi, membabitkan salah sebuah bilik di rumah di tingkat 4 ini.

Ketika itu, Nurdhaniyah sedang mengulangkaji di bilik sebelah, manakala dua adiknya sedang tidur di ruang tamu.

Tiba-tiba dia terhidu asap dan asap mula memenuhi ruang di rumahnya.

Menyedari, ia adalah kebakaran, Nurdhaniyah segera mengejutkan kedua-dua adiknya dan menarik mereka keluar sebelum api terus marak dengan cepat.

3 jentera bomba dari balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Setapak dan Gombak Selatan tiba bersama 23 anggota.

Anggota bomba juga berjaya menyelamatkan empat penghuni ruumah di tingkat 5 yang terperangkap kerana asap tebal , dan membawa mereka turun dengan selamat.

Ketika kejadian, ibu mereka, Amirah Saadullah, 43 tahun , keluar bekerja sebagai pemandu teksi.

Manakala ayah mereka , Shamsu Shuhaimi, berada di Rembau menguruskan kolam ikan.

Menurut Nurnadhiyah, kebiasaannya, dia akan mengunci jeriji besi di rumahnya atas pesan ibunya. bagaimanapun, hari ini dia tidak berbuat demikian.

Nurnadhiyah merupakan pelajar tingkatan 5 SMK Wangsa Maju Seksyen 2, manakala adiknya, Moht Fitri, pelajar tahun 6 SK Taman Melati.

Sebaik berjaya menyelamatkan diri dan kedua-dua adiknya, gadis ini tidak berhenti-henti menangis dan sebak akan apa yang berlaku.

Saya sempat memberikan kata-kata semangat kepadanya:

“Kakak jangan sedih ok..Kakak adalah hero. Kakak berjaya selamatkan dua adik kakak ini. Yang penting nyawa semua selamat. Buku sekolah, baju dan barang-barang, kita boleh cari…”

Dan sehingga saya meninggalkan lokasi kejadian, dia masih tidak dapat menahan sedihnya, mengenangkan nasibnya yang akan menghadapi SPM dan adiknya, UPSR tidak lama lagi…

Post Lain Yang Berkaitan

13 Comments

  • Pada 2010.08.01 13:15, b.r.u.t.a.l.s.o.l.o menulis:

    akak yang baik

    • Pada 2010.08.01 13:35, unknower menulis:

      Salam..

      Adik ni masih terkejut dan trauma..

      Berkemungkinan memikirkan masa depannya dan nasib keluarga..

      Mgkin jugak ada barangan kesayangan yg tidak sempat diselamatkan..

      • Pada 2010.08.01 16:13, Tany menulis:

        Kesiannya.. walaupun alhamdulillah tiada kemalangan jiwa, tapi memang perit kalau barang2 hangus, terutama kalau ada yg sgt2 precious.. memori yg tak boleh dibeli..dan jugak dokumen2

        Kalau dia memerlukan buku2 SPM, saya boleh donate.. rumah saya berlambak buku yg tak pakai

        • Pada 2010.08.01 17:45, Izad Amran menulis:

          Salam..

          Sayang kakak kepada adik2 mengatasi segala2nya.

          Harap beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan.

          • Pada 2010.08.01 23:44, venomie1 menulis:

            Syukur Alhamdulillah..walaupun rumah musnah dijilat api tetapi keberanian kakak menyelamatkan adik-adiknya wajar dicontohi..apa kata bro Sham buat satu tabung untuk bantu keluarga adik ni..

            • Pada 2010.08.02 01:29, goliath menulis:

              bila kita miskin/susah, buku adalah harta yang paling mahal. exam adalah satu halangan yang mesti ditempuhi dengan jaya utk satu masa depan yang gemilang. hilang buku dan segala nota umpama hilang nyawa sendiri. sesiapa yang pernah susah dulu akan faham perasaan gadis ini….

              harap Tany boleh mendermakan buku tersebut kepadanya.

              • Pada 2010.08.02 01:55, Nota Fikir menulis:

                Nasib baik lah mempunyai kakak yang bersikap berani sambil berfikiran tenang, adik2 dapat diselamatkan tanpa kecederaan serious. Kebanyakkan kes2 maut berpunca dari sikap gopoh dan kaku bila berhadapan dgn suasana kritikal….

                • Pada 2010.08.02 02:10, me, myself & mbek menulis:

                  semoga keluarga berkenaan dpt bersabar menempuhi dugaan ini..

                  *goliath, setuju benar dgr kenyataan saudara/i itu…

                  • Pada 2010.08.02 03:56, BRO_MONDAY menulis:

                    ALHAMDULILLAH TIADA KEMALANGAN JIWA…
                    TAHNIAH KEPADA KAKAK!!! BERANI…

                    • Pada 2010.08.02 06:00, aReaL menulis:

                      Kakak Dia Boleh Di Gelar "PowerPuff Girl" La.. Hehehe… Alhamdulillah Tiada Kemalangan Jiwa..

                      Sinta and Jojo Terkenal Gara-Gara "Keong Racun"

                      • Pada 2010.08.02 06:08, Xunpheriz menulis:

                        kak yang berani..
                        adik-adik selamat tapi dia sedih sebab SPM makin dekat..harap dia tabah..

                        • Pada 2010.08.03 07:37, Hasney menulis:

                          has yg baca pun turut sedih..Alhamdulillah semua tk da apa2…Barang2 boleh dibeli, nyawa tiada gantian drNya.

                          • Pada 2011.01.05 13:07, sae menulis:

                            aipp…dekat rumah saya..tp tak tu pon..huhuhu… neway, syukur alhamdulillah semua selamat..!
                            sae recently posted..Di Hari Sambutan BIRTHDAY Diana

                            You must be logged in to post a comment.