SS 2/72
Petaling Jaya, Selangor
3 Jul 2011
8 pagi
Salah satu jalan di SS 2, Petaling Jaya, merupakan lokasi deretan puluhan kedai-kedai pengantin, yang merupakan persaingan sengit antara mereka.
Tahun ini sekurang-kurang 2 kejadian kedai pengantin terbabit terbakar .
Pagi tadi, satu lagi kebakaran berlaku, membabitkan kedai pengantin konsep mewah Redbliss
Punca sebenar kebakaran, bagaimanapun masih dalam siasatan.
Kebakaran disedari oleh orangramai yang terlihat asap bermula dari bahagian belakang kedai ini.
2 jentera bomba dari balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan Petaling Jaya bersama 14 anggota tiba di lokasi dan segera memadamkan kebakaran.
Kepantasan mereka bertindak berjaya menyelamatkan kedai ini dari musnah terbakar termasuk ruang pameran bangunan 2 tingkat ini.
Yang musnah ialah bahagian pentadbiran dan stor yang turut menempatkan foto-foto pengantin serta bingkai yang telah siap.


















Komentar