Kilang Cat Musnah Dalam Kebakaran

Sg Lalang
Semenyih
Selangor
15 Jan 09

Sebuah kilang yang menempatkan beratus-ratus tong bahan pencair cat (thinner) dan cat pelbagai warna, musnah dalam satu kebakaran di Sungai lalang, Semenyih.

Kilang ini beroperasi sejak 15 tahun lalu menjalankan kerja-kerja mengecat perabut sebelum dihantar kepada pengedar.

Kebakaran bermula kira-kira jam 7 malam itu menyebabkan asap hitam tebal yang dapat dilihat dari jarak lebih 5 kilometer.

Ketika kejadian, tiada pekerja di dalamnya.

5 jentera bomba bersama 35 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Farhan Sufyan Borhan terbabit dalam operasi pemadaman.

Buih sabun turut digunakan ketika kerja pemadaman.

Beberapa letupan dari tong bahan kimia yang terbakar juga dapat didengari penduduk sekitar.

Api dapat dikawal dari merebak ke kilang bersebelahan kira-kira dua jam kemudian.

Dua buah kereta dan dua lori turut musnah.

Jumlah kerugian dianggarkan lebih 1-5 juta ringgit.

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

You must be logged in to post a comment.