Kilang Plastik Musnah-Kerugian Berjuta-juta Ringgit

Batu 8
Jalan Klang Lama
Petaling Jaya
20 Oktober, 2008
Sebuah kilang plastik musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi di Btu 8 Jalan Klang Lama.
Kerugian dianggarkan kira-kira 10 juta ringgit
Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi di bahagian tengah bngunan kilang sebelum merebak kebahagian lain.
8 jentera bomba bersama kira-kira 50 anggota terbabit dalam operasi memadam.
Kilang plastik ini antara yang terbesar dan tertua di negara ini telah beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu.
Asap tebal dari kebakaran ini dapat dilihat sejauh leih 10 km dari Kuala Lumpur dan Klang.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 50 pekerja sedang bekerja.
Tindakan pantas mereka juga berjaya mengalihkan berpuluh-puluh tong bahan kimia dari turut terbakar dan meletup.
Anggota bomba juga berjaya menyelamatkan dua blok bangunan kilang di bahagian belakang.
Api padam sepenuhnya kira-kira 5 jam kemudian.

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

  • Pada 2008.10.21 07:12, maidin menulis:

    bang..
    tumpang tanya..agak2nya boleh bantu jawab tak?

    biasanya berapa lama bomba ambik masa dari mereka terima panggilan kebakaran hinggalah jentera bomba pertama tiba ke tempat kejadian?

    kalau tak dapat tepat pun..agak2 je la..secara purata..

    • Pada 2008.10.21 07:26, on the scene menulis:

      terimakash saudara maidin atas pertanyaan cepumas itu.

      ok, saya akan jawab pada posting baru di atas
      sebab sebenarnya, jawapannya agak panjang dan mungkin ada antara anda tak pernah terfikirpun akan jawapan yang saya kemukakan nanti..

      sekali lagi, terimakasih banyak2…

      • Pada 2008.10.26 14:55, Anonymous menulis:

        Bro maidin…..

        Untuk pengetahuan bro jentera bomba hendaklah keluar daripada balai bomba dalam masa tidak melebihi 90 saat daripada panggilan pertama diterima dan sampai ketempat kejadian bergantung pada lokasi kejadian dan ketepatan alamat tempat kejadian yang diberi dan faktor kesesakan jalanraya juga perlu diambil kira disamping faktor2 lain.Ada sesetengah tempat kebakaran yang jaraknya agak jauh dari balai bomba dan ini akan mengambil masa pihak bomba sampai ditempat kebakaran.

        • Pada 2008.10.27 02:47, on the scene menulis:

          benar, setiap jabatan, agensi mempunyai SOP mereka sendiri yang mesti dipatuhi, dan dipenuhi untuk mencapai standard kerja yg dilakukan.

          Memang byk faktor atas kelewatan yg timbul bergantung kepada situasi.

          Namun, kena ambil perhatian, apa jua agensi yang bertindak, akan segera mengambil tindakan sebaik MENERIMA PANGGILAN.

          Jika kejadian berlaku jam 10 pagi, tetapi panggilan diterima atau disalurkan jam 11 pagi, bukan salah mereka jika lambat sampai di lokasi…

          Tetapi ramai orang awam tidak faham keadaan ini kerana balai bomba, ambulan atau polis bukan mempunyai radar atau kamera di setiap inci mukabumi ini untuk mengesan setiap kejadian/kemalangan.

          You must be logged in to post a comment.