Kiri Kanan Hangus

Jalan Ayer Tawar
Setapak, Kuala Lumpur
19 Mac 2010
3-30 ptg
“Rumah tengah tu kena mandi limau…”
Itu antara yang terdengar ketika saya tiba di lokasi kebakaran ini.
Mengapa ada yang berkata begitu?
Sebenarnya, pada 15 Feb lalu, kebakaran memusnahkan samasekali sebuah rumah , selang sebuah dari rumah yang terbakar ini.
Bermakna , rumah berwarna putih ini terletak di tengah-tengah , di mana di kiri kanannya telah musnah dalam kebakaran.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 3-30 petang.
Operasi pemadaman dilakukan anggota Bomba dan Penyelamat Setapak, Wangsa Maju dan Chow Kit, dibantu Skuad Penyelamat DBKL dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Dan 3 keluarga hilang tempat tinggal membabitkan 12 orang.

Tuan rumah yang turut tinggal di sini, menyewakan dua bahagian rumahnya kepada penyewa lain.

Foto 15 Feb 2010
Bagi pemilik rumah yang di tengah-tengah ini, dua bulan berturut-turut dia mengalami saat-saat mencemaskan…
Tinjauan mendapati, bekas tapak rumah yang terbakar 15 Feb lalu telahpun dibersihkan dan pemilik dijangka akan membina rumah baru.
Pada lols yang bertanya, mengapa ada TNB (dalam entry 15 Feb 2010)
lol said…
nak tanya sikit brader ondscene , kenapa 2nd last picture tu ada tnb ? dorang tutup bekalan letrik dulu ke kalau ada apa2 kebakaran? . saja tanya kot2 ada penjelasan dari ondscene yang selalu ke tempat kejadian.Jangan kata jiran dia kerja tnb dah la .. haha
16 February, 2010 18:43

Dalam kebanyakan kes kebakaran, TNB perlu segera dimaklumkan dan segera hadir ke lokasi kerana beberapa sebab:
 
1- Memastikan arus elektrik dipotong kerana kabel elektrik yang terputus akibat kebakaran, boleh mengancam nyawa terutama kepada anggota bomba/penyelamat.
 
2.Bila kebakaran berlaku, biasanya bekalan elektrik akan terganggu dan TNB akan melakukan kerja-kerja penyambungan semula/pemantauan.
 
3. Memang tugas TNB…

Post Lain Yang Berkaitan

2 Comments

  • Pada 2010.03.24 00:07, kraznaya menulis:

    Asas la bab potong bekalan elektrik. Bomba menggunakan air,air pulak sahabat air. Tapi ada yang tak tahu.

    Ada seorang rakan aku,transformer berlaku litar pintas dan dia cuba padamkan dengan air. Apa lagi panik la kami. Nasib baik kami dapat halang. Kalau dia curahkan pakai timba ok lagi. Tapi dia pakai hos bomba. Bila ingatkan 450v memang kecut perut

    • Pada 2010.03.24 00:29, kraznaya menulis:

      pembetulan:Air sahabat api bukan air sahabat air. Biasa la baru bangun tido..harap maaf..

      You must be logged in to post a comment.