Jalan Kuching
arah Selayang
Kuala Lumpur
20 April, 2012
5.50 petang
Kejadian ini tidak membabitkan kemalangan jiwa.
Tetapi ia memusnahkan sama sekali sebuah kereta mewah – Mercedes Benz.
Kereta ini dipandu seorang mekanik untuk di bawa ke sebuah bengkel untuk dibaiki.
Bagaimanapun, ketika melalui Jalan Kuching arah Selayang berhampiran Bulatan Segambut, mekanik terbabit terlihat asap tiba-tiba keluar dari bahagian enjin.
Dia segera memberhentikan keretanya di laluan kecemasan berhampiran susur masuk ke sebuah stesyen minyak.
Dalam keadaan cemas, dia segera keluar dari kereta ini dan ketika itulah api mula marak.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul tiba tidak lama kemudian, dan memadamkan kebakaran.



















Assalamualaikum,
siapa nak kena bayar tu?
tokey insuran la kot… huhu