Jalan Pahang
Kuala Lumpur
13 Sept 2012
5.30 petang
Ibunegara sekali lagi mengalami kesesakan teruk petang ini, dan hampir sama seperti kejadian yang berlaku pada 6 Sept lalu – Kebakaran Rumah Kedai.
Dan secara kebetulan, kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang ini, hanya kira-kira 400 meter dari premis sama yang terbakar itu.
Dalam kejadian ini, api dipercayai bermula dari tingkat bawah tanah (basement) premis kedai 2 tingkat ini.
Api kemudian merebak dengan pantas ke tingkat bawah.
Ia merupakan kedai menjual cat dan kedai perkakasan logam dan mengandungi bahan mudah terbakar.
7 jentera bomba dari beberapa balai sekitar bersama kira-kira 60 anggota terbabit dalam operasi pemadaman.
Api dapat dikawal kira-kira 30 minit kemudian.
Bersebelahan premis yang terbakar ini ialah kedai menjual peralatan (sarung) senjatapi dan kedai cermin mata.
Bagaimanapun, kepantasan anggota bomba bertindak, berjaya mengawal kebakaran merebak ke premis tersebut.
Tiada kemalangan jiwa berlaku.
Walaupun kesesakan teruk berlaku di kedua-dua arah, namun ia tidak seburuk sebagaimana yang berlaku pada 6 September lalu.
Dan, tiada penutupan jalan dilakukan.

















Assalamualaikum,
Tetap sesak juga walau tak tutup jalan sebab ramai orang nak tengok apa yang berlaku.