Land-Rover JPAM Terbakar- Menyelamat dan Diselamatkan

KM433-5
Lebuhraya Plus arah Utara
Bukit Beruntung
Selangor
5 Dis 2009
Ketika operasi menyelamat ke atas mangsa kemalangan bas itu, lain pula jadinya di seberang jalan.
Sebuah Land-Rover milik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia unit Sentul tiba-tiba terbakar.
Kejadian disedari orangramai yang terlihat asap hitam dari Land Rover tersebut.
Sebelum ini, kira-kira 10 anggota JPAM tiba bersama sebuah Land Rover dan sebuah ambulan bagi membantu kerja-kerja menyelamat dan merawat mangsa kemalangan.

Land-Rover tersebut yang diletakkan di seberang jalan, baru sahaja beberapa minit ditinggalkan anggota JPAM ke lokasi kemalangan
Tindakan pantas anggota bomba segera memadam kebakaran dari jentera bomba Balai Kuala Kubu Bahru yang berada di lokasi kemalangan.
Punca kebakaran tidak diketahui tetapi berkemungkinan akibat litar pintas.

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

  • Pada 2009.12.05 05:49, lol menulis:

    susah2 , selagi takde orang mati berpuluh2 selagi tu la tak serik .Dalam 2 kes dlm ondscene baru2 ni masih dlm siasatan ke da tau punca? Ni tak best ni cuti sem nak abes blk naik bas ekspress gak :|

    • Pada 2009.12.05 09:43, ruby menulis:

      mantap lah bro… skang sye nak sambung pakai masker hehehe… tggu next kes … hehehe – peace!

      • Pada 2009.12.05 10:51, hayati menulis:

        knp sejak akhir2 ni slalu sngt ada kes kenderaan terbakar?Mmg menjadi tanda tanya…pas ni ape citer la pulak??

        • Pada 2009.12.05 14:21, shahpaskal menulis:

          Betul Hayati, rasa-rasa musim panas El Nino datang lagi kot hehe

          • Pada 2009.12.06 02:23, hayati menulis:

            Shahpaskal…ko rase salah kilang kete ke salah pemandu…cuai?Bukan setakat cuaca El Nino je yg panas kalau tak kene gaya hati pun boleh jadi panas tahap 102 drjh celcius…hehehe.

            You must be logged in to post a comment.