MAJU JUNCTION1001 , JALAN SULTAN ISMAIL, KUALA LUMPUR
26 Nov 2011
11.30 malam
EKSKLUSIF
Satu letupan gas telah berlaku sebentar tadi di Noodle Station Cafe, Maju Junction, Kuala Lumpur .
Maklumat awal yang diterima, kejadian seperti kes Empire Shopping Gallery Subang ini juga menyebabkan kerosakan kepada beberapa premis berhampiran.
Gambar dan berita lanjut akan dikemas kini oleh En. Sham. Beliau masih berada ditempat kejadian.
©kujie2.com
=============================================
Saya menerima maklumat kes ini kira-kira 2 minit selepas kejadian berlaku dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
Ketika itu saya sedang menyiapkan entry mengenai kes kemalangan Ibu Maut Dirempuh Lori Langgar Lari di atas.
Jam 12 tengahmalam, saya meminta bantuan Kujie untuk membuat ringkasan entry ini di dalam blog dan twitter.
Bomba menerima maklumat kejadian jam 11.25 malam dan jentera dari balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit tiba 7 minit kemudian.
Kejadian adalah akibat letupan pada saluran gas LPG pada dapur di Kafe Noodle Station yang terletak bersebelahan pintu utama.
Di sebelahnya pula ialah Starbuck Coffee.
ANggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku di bahagian dapur akibat letupan tersebut.
Kejadian bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Pihak pengurusan Maju Junction akan mengeluarkan kenyataan siang nanti mengenai kejadian ini.
Menurut Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Wilayah Persektuan, Azizan Ismail, injap utama saluran gas telah ditutup yang menyalurkan gas kepada premis sehingga selesai siasatan dan keadaan selamat.
Saya merupakan satu-satunya wartawan yang berada di lokasi dan meminta bantuan rakan dari China Press untuk ‘backup’ saya dari segi foto.




















Depa takde ke safety procedures untuk tong gas. Asik2 meletup je…
bila membabitkan letupan gas memasak, diri sendiri pun agak cuak nak masak… boleh guna alasan tu? hehehe
yang saya ingat, ini kes ke 3 tahun 2011
1. Aeon Melaka
2. Empire Galley , Subang
3. Noodle Station, Maju Junction
ke ada lagi?
Ni mesti ada mslh dgn sistem perpaipan gas. takkan restoran cmni guna tong gas kot. hehe. Kalau ofis Suruhanjaya Tenaga kat situ, mesti senang dorg nak check. haha. tp dah pindah putrajaya dah.
Assalamualaikum,
risau sangat kalau gas yang bocor, bukannya nampak. Memang ada bau, tapi kalau sikit…tak bau pun. Bila dah bau…kena pulak ada punca api, tak dapat dibayangkan!