Km 382/523
atas landasan keretapi
berhampiran Bulatan Segambut
arah utara
Jalan Kucing, Kuala Lumpur
1 Jan 2011
9.45 malam
Lokomotif terbakar ketika sedang menarik gerabak penumpang…sesuatu yang saya rasa belum pernah berlaku di Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika lokomotif yang membawa 13 gerabak terpaksa berhenti kecemasan di laluan ini.
Pemandunya mengesan kebakaran sedang berlaku di bahagian enjin itu.
Ekspress Senandung Langkawi ini dari KL Sentral jam 9.15 malam membawa kira-kira 600 penumpang termasuk 30 warga asing dalam perjalanan ke Padang Besar, sebelum tiga dari gerabaknya akan ke Hatyai, Thailand.
4 jentera bomba bersama 30 anggota tiba di lokasi kira-kira 5 minit selepas dimaklumkan mengenai kejadian.
Api dapat dipadamkan kira-kira setengah jam.
Penumpang bagaimanapun terselamat dan keretapi ini meneruskan perjalanan kira-kira jam 11.15 malam selepas lomomotif yang terbakar diganti dengan lokomotif lain.
Dan nasib baik kejadian ini berlaku di sebelah jalan utama, yang memudahkan anggota bomba memadamkan kebakaran lokomatif itu…


















Syukur semua penumpang selamat..
india mali pnya..hohoho
Saya naik tren Senandung Langkawi Hatyai – Kl Sentral
01/01/2011 – belum baca berita ni
nasih baik….dah selamat sampai rumah baru buka blog
kalau tidak mau tak lelap²
[...] tadi baca blog Ondscene mengenai Lokomotif Senandung Langkawi Terbakar- 600 Penumpang Selamat. Alhamdulillah tren saya naiki tidak terlibat dalam sebarang kemalangan. Rasa lebih tenang kerana [...]
fuh!!
memang selalu naik train ni…
pembuka tirai 2011 ni
dulu saya ada buat track maintenance di KM 382 ni. Track straight, x de caution, jadi tren yang lalu memang laju sampai lebih 110km/j pun ada. Alhamdulillah enjin terbakar dan masih boleh berhenti. kalau x boleh berhenti boleh jadi runaway tren ni.
Taraklah. Sebaik MR loco drop semua sistem brek koc akan kick in pasal pressure hilang. So autobrake. So masalah “ruanway” tidak timbul sama sekali.
First time dengar berita macam ni. Sy selalu jugak naik tren. Alhamdulillah semua penumpang selamat. Tapi apa pun, kereta api ialah pengangkutan paling selamat kat Malaysia. So memang takkan pernah takut lah nk naik lagi.
x berapa selamat pun. perlangaran banyak berlaku dinegara2 lain & Malaysia x berkecuali(kes2 kecil). cuma x melibatkan mangsa yg ramai.
[...] Lokomotif dan 12 gerabak bersama 600 penumpang dalam kes di bawah ditarik kira-kira jam 11.15 malam. [...]
Semalam nampak dengan mata kepala sendiri time driving…sti orang dalam train takut…
Rasanya enjin lokomotif ni dh uzur dh kot..
Ya. Usia enjin ini hampir mencecah 50 tahun. Lebih tua daripada lokomotif kelas 22 yang telahpun bersara daripada terus berkhidmat meniti landasan.
Bro Sham, dia guna RON95 ke RON97 ? hehehe
Sebelum ni ktm komuter pun pernah meletup akibat litar pintas terutamanya di bahagian tengah aliran elektrik komuter.keta api mana guna ron95 atau ron97.semua keta api guna diesel kecuali ets dan ktm komuter guna elektrik
ekspres senandung langkawi hanya ada 12 gerabak je.jika di bandingkan ekspres oriental(ekspres antarabangsa bangkok-k,lumpumpur-singapura boleh bawa 20 gerabak).
sebelum ni ktm komuter pun pernah meletup terutamanya di bahagian aliran elektriknya.
sebelum ni ktm komuter pun pernah meletup terutamanya di bahagian aliran elektriknya.ini kali pertama dlm sejarah msia.
Kalau terjadi kat tren BTO (Macam 410NK {Tapis Minyak-Ipoh-Tasek} dan 411TN {Tapis Minyak-Gemas-Krai-Tumpat}, mau idaknya meletup. Naudzu billahi min dzalik.