Jalan 10/152
Taman Perindustrian OUG
Jln Klang Lama,
Kuala Lumpur
20 Jun 2011
6.30 petang
Di dalamnya tersimpan pelbagai jenis permaidani.
Ketika kejadian, stor ini baru sahaja ditutup jam 5.30 petang dan semua pekerja sudahpun pulang.
Kejadian berlaku di Jalan 10/152, Taman Perindustrian OUG, Jalan Klang Lama.
Kira-kira jam 6 petang, orangramai terlihat asap tebal dari premis ini.
Asap hitam tebal dari kebakaran ini dapat dilihat sejauh jarak lebih 10 kilometer.
Sekurang-kurang 3 jentera bomba terbabit dalam operasi pemadaman diketuai Timbalan Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail.
Menjelang jam 8 malam, kebakaran masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya dan bantuan beberapa buah jentera bomba dari balai sekitar dihantar.
Kebakaran bangunanan 2 tingkat ini dipercayai bermula dari tingkat atas, bagaimanapun puncanya masih dalam siasatan.
Antara yang musnah ialah stok permaidani untuk jualan hari raya nanti…















pernah sekal tengok orang bakar tilam. asap memang tebal..
kalau permaidani tak tahu la..
Betul ke kalau kedai perabot atau kedai permaidani kalau terbakar tu sebenarnya disengajakan untuk claim insurans untuk buat besar lagi dan lebih manageable.
Kalau tak, takziah untuk kerugian harta yang banyak huhu.
Huzaifah
http://melayukini.net/
Owhh,ni le yg hamba nampak punya tebal asap mase balik kerja hu2.