Pusat Perabot Hangus

Desa Petaling
Kuala Lumpur
31 Mei, 2010
10 malam
Jika anda melalui lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban arah Plaza Tol Sg Besi – pasti ternampak replika sebuah kerusi besar di atas bukit di sebelah kiri jalan.
Kerusi ini beberapa tahun lalu, dicatatkan sebagai replika kerusi terbesar di dalam Buku Rekod Malaysia, MBR.
Bagaimanapun, malam tadi, kerusi itu sahaja yang masih tinggal, bangunan di belakangnya pula telah hangus.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 9-30 malam membabitkan pusat perabot Furniture World.
Ia menempatkan 28 buah lot kedai yang dimiliki oleh 13 penyewa.
6 jentera bomba dari Balai Hang Tuah, Bukit jalil, Cheras, Sg Besi dan taman Desa bersama 48 anggota dan 12 anggota bomba sukerela terbabit dalam operasi pemadaman.
Bangunan dua tingkat ini dibina tanpa ciri-ciri pencegahan kebakaran.
Ia juga tridak mempunyai dinding cegah kebakaran menyebabkan api cepat merebak.

Bangunan dua tingkat ini musnah keseluruhannya.

Bagaimanapun, jika anda melalui jalan di tepi lebuhraya ini, anda masih boleh melihat kerusi itu – tidak sempat terbakar…

Post Lain Yang Berkaitan

8 Comments

  • Pada 2010.05.31 23:58, Faizal The Newscaster menulis:

    oo kedai yang ada kerusi tu dah terbakar?!

    terima kasih for the info.
    lama juga sudah tidak lalu jalan tu..

    • Pada 2010.06.01 01:29, alinac lover menulis:

      la yaka…kemarin bru lalu..smlm da terbakar :(

      • Pada 2010.06.01 03:07, Tuah menulis:

        selalu sangat kedai perabot terbakar…tapi takpe..insuran jota jota

        • Pada 2010.06.01 04:35, Muhammad Izwan menulis:

          terbakar lagi..bukan dulu pernah terbakar sekali tu.

          • Pada 2010.06.01 05:15, Muhamad Azhari menulis:

            hahaha aku saksi utama kejadian duh. ingt nk singgah usya tilam, skali nmpak asap2, gua pusing la bgnan tu,nmpak satu kedai ni ade mcm almari je terbakar sket je. pelagik gua angkat pakgad tunjuk die katne. tapi dah kemudian tu dah stat meletop2 dah runtuh2 tu malas dah la, balek rumah tido. baru balek keje ponat.

            • Pada 2010.06.01 07:46, Friend menulis:

              ni tokei nak kaut untung lebih… bangunan xde pencegah api.. sib baik tebakar mlm².. klau time ada org ramai.. abih sume hangus..

              elok insuran jgn cover bangunan camni..

              • Pada 2010.06.01 08:54, adieslave menulis:

                per la owner premis ni,xkan la xtau kalo xder safety element kat premis die,kompem2 la xkan dpt claim insurans…bngnan camni xder firewall??cane la leh lpas inspection,aiyoooo….

                • Pada 2010.06.01 16:02, bing menulis:

                  dah jadi lumrah kedai perabot terbakar..nnt dapat insuran boleh la beli perabot baru..saya x penah jumpe kedai perabot tutop sbb bankrup..n pasal firewall n sistem pencegah kebakaran memang sengaja x pakai..kalu pakai nnt terbakar sikit jer..btol x bang?

                  You must be logged in to post a comment.