Desa Kayangan
Jenderam Hilir
Dengkil, Selangor
3 Mac 2012
8.30 pagi
Nama mangsa : Haswati Harun, 34 tahun.
Hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurang 1 silinder LPG ( Liquefied Petroleum Gas) atau Gas Cecair Petroleum atau biasa dipanggil gas memasak.
Jika tiba-tiba anda terhidu gas ini di ruangan dapur rumah anda – berhati-hatilah kerana kemungkinan berlaku kebocoran samada pada injap atau saluran dari silinder ke dapur.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi tadi, seorang suri rumah maut setelah berlaku kebakaran di rumahnya akibat dari dipercayai kebocoran gas dari silinder terbabit.
Sebelumnya, gas memasak kehabisan dan silinder baru , dibeli, dan suri rumah, Haswati Harun, 34, memasang sendiri injap dan saluran yang menyambungkan ke silinder gas dan dapur.
Bagaimanapun , dipercayai tanpa mengetahui berlaku kesilapan ketika menyambung, gas telah keluar perlahan-lahan tanpa disedari.
Dan sebaik Haswati cuba menghidupkan dapur, tiba-tiba api menyambarnya yang kemudian turut membakar ruang dapur rumah dan merebak ke sebahagian lagi ruangan di dalam rumah.
Mangsa yang melecur beberapa bahagian badan, cuba menyelamatkan diri ke arah bilik air, bagaimanapun akibat asap tebal, mangsa meninggal dunia dipercayai akibat lemas.
Ketika kejadian, terdapat 8 ahli keluarga di dalam rumah termasuk 3 kanak-kanak dan bayi – bagaimanapun , mereka berjaya menyelamatkan diri.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Nota – maklumat awal kes ini disalurkan oleh M.Fadzli S melalui ondscene.my BBM Group
Nota – Ada sedikit kekeliruan fakta di dalam kes ini. Harap dapat diperbetulkan oleh mereka yang maklum mengenainya . Harap maaf.

















Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya kita akan kembali. Alfatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Aminn.
alfatihah…lagi kejadian tong gas….kali nie ragut nyawa plak…
A fatihah
sebagai surirumah yang kehidupannya saling berkait dengan gas memasak, rasa sedih dengan berita ini. Bukan perkara mudah untuk mengesan bau gas di dapur yang bercampur dengan bau ikan goreng, bau sambal dan segala bau masakan.
Moga keluarga yang ditinggalkan lebih tabah.
Al-Fatihah. Semoga dicucuri rahmat atas rohnya. Sempat singgah melihat keadaan rumahnya petang tadi.