KM 50.1
Lebuhraya Kesas
Sri Petaling, Kuala Lumpur
6 Mei, 2012
1 pagi
Nama mangsa: Norsuhaida Arman, 18 tahun, Port garden, pelabuhan Klang – maut
Ana Najwa Mohd Noor , 18 tahun – kritikal di PPUKM
Edit : - Ana Najwa telah disahkan meninggal dunia jam 6 petang tadi.
Tragis – itu sahaja yang dapat digambarkan mengenai kemalangan ini.
Dua sabahat , kedua-duanya perempuan, dalam perjalanan pulang ke rumah dari ibunegara.
Mereka menaiki sebuah motosikal, Yamaha Lagenda
Sebuah kenderaan dipercayai kereta, disyaki merempuh belakang motosikal ini menyebabkan kedua-duanya terjatuh.
Pembonceng, Norsuhaida Arman, 18, dan rakannya, digilis kenderaan terbabit.
Malangnya, Norsuhaida yang cedera parah dihampir keseluruhan badan, maut di tempat kejadian.
Manakala rakannya yang menunggang Ana Najwa Mohd Noor, yang parah, dihantar ke Pusat Perubatan UKM, kini dilaporkan kritikal.
Tidak habis di situ – motosikal mangsa kemudian diseret pula sejauh kira-kira 400 meter, sehingga kilometer 49.7.

Dan kenderaan terbabit, terus memecut meninggalkan tempat kejadian…
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

















Al-fatihah…memang shilaka la itu kenderaan..
semoga yang kritikal sembuh dengan cepat..dan bersabar dengan dugaan ini..
Assalamualaikum,
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Subhanallah. Masih belum dapat dikesan orang yang langgar tu? atau dia terus ke balai polis buat report?
Takziah.
Tapi… bukan kah KESAS ada Lorong Motorsikal ??? Macamana kereta tu masuk kesana? Atau, motorsikal yang berada di Lebuh Raya KESAS ?
Betul tu bang,spttnya motosikal di lorong motor,cuma satu yg saya pelik,kalau motor datang dari Bukit Jalil/OUG tiada jln masuk ke lorong motosikal,hanya ada jalan keluar.Jadi penunggang2 yg dtg dari situ tiada pilihan melainkan masuk ke highway.Ini salah satu isu lah,bkn andaian si mati dari situ sehingga terpaksa guna highway pula.Lgpon kwsn tu mmg tempat orang memecut,polis trafik selalu buat speed trap kt situ.Tp mmg menjadi kesalahan kalau tak gunakan lorong motor bila ada disediakan tambahan pulak lorong motor KESAS sgt lah elok berbanding Federal.
dah tgh malam..xde siapa berani lalu jalan moto..
Itu pon satu isu jugak,tak semua lorong motor bercahaya kt setiap laluan.Mengundang risiko lain pulak,nk elak jalan tak elok,keliru arah jalan dan yg plg tak best penah sy dgr,berlaku rompakan kt lorong motor,tak dpt tahan,di libas bagi jatuh.
Takziah – Al Fatihah untuk arwah. Tentu menjadi trauma kepada sahabat yang masih hidup bila mengenangkan seorang sahabat yang telah pergi dalam keadaan sebegini.
Al Fatihah untuk kedua-duanya. Berita terbaru Ana Najwa juga telah meninggal.
Jauh motor tu kena seret,smpai dekat fly-over tu.Tapi tak dinafikan kawasan ni mmg agak berbahaya (berdasarkan gambar lokasi jenazah) sebab sstgh kenderaan dari arah Port Kelang (KESAS) akan memintas (bahasa baik,menukar lorong) ke sebelah kiri samada untuk naik ke Sri Petaling atau MEX.KESAS mempunyai infrastruktur jalan yg dikira baik lah dan penunggang motosikal sangat2 digalakkan (bukan digalakkan,mmg wajib pon) guna lorong motosikal sbb ia laluan utama kenderaan besar dan pelumba-pelumba yg tak dapt bezakan litar lumba dan lebuhraya.Takziah pada keluarga mangsa,innalillahiwainnailaihrajiun.
salam abg sham, saya ada masa lepas kejadian ni berlaku masa tu baru balik konvoi hehe.saya rasa dekat 1km motor ni diseret oleh kereta tu bang.pastu keta tu mungkin siap berenti di bawah jambatan tu kemudian undur belakang utk lepaskan motor yg sangkut bwah kereta dia dan terus meninggalkan tempat kejadian tu.saya sempat tgk arwah yg meninggal dunia tu masa dlm ambulan.highway kesas ni mmg bahaya utk motorsikal apabila waktu mlm.sebab tu kebanyakkan motor lalu di highway ni bila waktu mlm takkan ikut jln motor.dgn selekoh yg tajam ditambahkan pula lampu jalan yg tak byk dijalan motor tu dan kemudian kes samun dijln motor lagi membuatkan motor2 takut nak lalu dijalan motor highway tu.kalau abg peratikan pokok yg ditanam di tepi jln motor lagi melindungkan apa yg terjadi dijln motor tu.org ramai takkan nmpak jika penunggang motor disamun di jln tu.apapun takziah buat keluarga2 arwah tersebut.al fatihah
Ada nampak no plate kete lahan*t tu? Hati dah panas ni.
Saya gesel kete orang pun tunggu owner dia datang nak mintak maaf.
maaf bro…saya smpai kat situ pun dh ada pihak polis & kesas nya peronda.kalau saya ada situ masa betul2 kejadian tu berlaku dh tentu saya kejar keta tu sampai lubang cacing
Al Fatihah untuk kedua duanya. banyak betul kes kemalangan melibatkan motor skarang ni, sbgai penunggang motorsikal..cuak juga rasanya. bawak laju terlanggar bonggol/sampah/lubang, bawak perlahan kena langgar belakang. cakap pasal motor ni, tau lah roadtax rm 2 je, tapi jalan khas untuk motor tu kalau bole pacak la 2 3 org peronda jugak di tengah malam supaya lebih selamat dan org yakin gunakannya. satu lagi jangan la buat jalan ala ala track motoGP gitu. tak kena langgar atas highway.. belum tentu takleh maut terbabas di laluan motor, lagi lagi tang korner tajam masuk lorong tu…
Assalam..
DI waktu malam jalan motor ghway KESAS merbahaya untuk penunggang motor selain takut di samun selekoh tajam di terowong juga amat merbahaya.. Jikalau ekut jalan utama janganlah pulak memandu di tengah atau line paling laju sekali takut di sondol kenderaan lain. jgn lupa jgn berlumba2 atau terlalu perlahan pula. sekian.